وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa (al-an'Aam 6:153)

AL-QUR'AN DAN SAINS MODEN - Siri 4

>> Tuesday, December 15, 2009

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
OLEH ZAKIR NAIK

I.ASTRONOMI

ADANYA JIRIM ANTARA GALAKSI ( INTERSTELLAR)

Pada awalnya ruang angkasa di luar sistem-sistem astronomi yang tersusun di anggap hampagas (vacuum). Pakar astrofizik kemudiannya menemui adanya jrim perantara di ruang angkasa antara galaksi ini. Ia dinamakan plasma, dan ianya terdiri daripada gas berion yang mengandungi elektron bebas yang sama banyak bilangannya dengan ion positif. Plasma ini juga dipanggil sebagai bentuk jirim yang keempat ( disamping tiga lagi bentuk jirim iaitu pepejal, cecair dan gas ). Al-Qur’an menyatakan adanya jirim di ruang angkasa di antara galaksi ini dalam ayat yang berikut:

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya….(Al-Furqan : 59)

Adalah mustahil untuk sesiapa pun mengatakan bahawa adanya jirim di ruang angkasa antara galaksi ini telah diketahui 1400 tahun yang lalu.

ALAM SEMESTA YANG KIAN MENGEMBANG LUAS

Dalam tahun 1925, pakar astronomi Amerika bernama Edwin Hubble, telah memberikan bukti pemerhatian bahawa semua galaksi sedang merenggang di antara satu sama lain, yang mana ia menunjukkan bahawa Alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini telah menjadi satu fakta saintifik yang diiktitiraf. Al-Qur’an menyebut mengenai pengembangan alam semesta dalam ayat berikut:

وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami), dan Kami benar-benar meluaskannya. (Az_Zaariyaat: 47)

Perkataan Arab muusiuun diterjemahkan sebagai ‘ianya mengembang’, dan ianya merujuk kepada penciptaan pengembangan alam semesta yang kian meluas.

Stephen Hawking dalam bukunya, ‘ A Brief History of Time’ menyebut “ Penemuan bahawa alam semesta sedang mengembang luas adalah suatu revolusi intelektual yang terulung dalam Abad Keduapuluh.” Al-Qur’an menyebut tentang fenomena mengembang luas alam semesta ini semasa manusia masih belum tahu untuk membuat teleskop!

Ada orang yang mungkin berkata bahawa munculnya fakta astronomi dalam Al-Qur’an tidaklah menghairankan, oleh kerana orang-orang Arab telah pun maju dalam bidang astronomi. Walau bagaimanapun mereka gagal untuk menyedari bahawa Al-Qur’an diturunkan berabad lamanya sebelum orang-orang Arab maju dalam bidang astronomi. Malah kebanyakan fakta-fakta saintifik yang dinyatakan di atas mengenai astronomi, misalnya seperti kejadian alam semesta akibat Letupan Besar, tidaklah diketahui oleh orang-orang Arab walau pun ketika mereka berada di kemuncak kemajuan saintifik. Fakta saintifik yang disebut dalam Al-Qur’an bukanlah disebabkan kemajuan orang-orang Arab dalam bidang astronomi. Tetapi sebaliknya kemajuan orang-orang Arab dalam bidang astronomi ini adalah disebabkan adanya fakta-fakta astronomi dalam Al-Qur’an.


II.FIZIK

KEUJUDAN ZARAH-ZARAH SUB-ATOM

Pada masa dahulu teori yang terkenal iaitu “Theory of Atomism” telah diterima ramai. Teori ini berasal dari Greek, terutamanya oleh Democritus, yang hidup 23 abad yang lalu. Democtritus dan orang-orang selepasnya mempercayai bahawa unit terkecil bagi sesuatu jirim adalah atom. Orang-orang Arab juga mempercayai perkara yang sama. Perkataan Arab dharrah selalunya dimaksudkam atom. Pada masa kini sains moden telah menemui bahawa atom boleh dipecahkan kepada unit yang lebih kecil, dan ianya adalah kemajuan pada Abad Duapuluhan. Pada empatbelas abad yang lalu konsep ini agak ganjil bagi orang Arab. Pada mereka dharrah adalah unit yang terkecil, tiada lagi pecahan selepas itu. Walau bagaimanapun Al-Qur’an menerangkan bahawa ada lagi pecahan yang lebih kecil, seperti ayat berikut:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَأْتِينَا السَّاعَةُ قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَالِمِ الْغَيْبِ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَلَا أَصْغَرُ مِن ذَلِكَ وَلَا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Dan berkata orang-orang yang kafir “ Tidak akan datang kepada kami Hari Kiamat.” Katakanlah ya, demi Tuhanku pasti ia datang kepadamu, Allah yang Maha Mengetahui yang ghaib, tidak tersembunyi dariNya seberat zarah di langit dan di bumi, dan tidak pula sesuatu yang lebih kecil dari itu, dan tidak pula yang lebih besar, melainkan semua (tercatat) di dalam Kitab(Lauh Mahfuudz) yang jelas. (Saba’:3)

Ayat ini merujuk kepada kebesaran Allah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu, baik yang terang mahu pun yang tersembunyi. Allah Maha Mengetahui segala-segalanya sama ada yang lebih kecil atau lebih besar dari atom. Ayat ini menunjukkan dengan jelas ujudnya sesuatu yang lebih kecil dari atom, yang mana fakta ini baru saja ditemui oleh sains moden.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP