Monday, February 8, 2010
PENGUMUMAN PERPINDAHAN LAMAN WEB
DIMAKMLUMKAN BAHAWA LAMAN INI SEKARANG TELAH BERPINDAH KE LAMAN WEB YANG BAHARU. OLEH ITU UNTUK MENDAPATKAN POSTING TERBAHARU SILA KE LAMAN YANG BARU KAMI IAITU ASSABIEL.COM
Thursday, February 4, 2010
TAZKIRAH
TETAMU-TETAMU ALLAH
وفد الله ثلاثة: الغازي والحاج والمعتمر
Maksudnya: Tetamu Allah ada tiga:
1) Orang yang berperang (berjihad pada jalan Allah)
2) Orang yang mengerjakan haji
3) Orang yang mengerjakan umrah
Didalam hadith diatas Nabi Muhamammad SAW menggunakan kalimah "tetamu". Ini menunjukkan ketiga-tiga golongan diatas dimuliakan oleh Allah disebabkan kedudukan tetamu yang wajib dimuliakan apabila mereka datang bertamu/berkunjung.
Ketiga-tiga golongan ini adalah mereka yang datang berkunjung kepada Allah. Berkunjung kemedan perang untuk menyerahkan jiwa raga kepada Allah dan berkunjung ke Baitullah untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan amalan yang tidak dapat dilakukan ditempat lain diatas muka bumi ini yaitu haji dan umrah,
Berusahalah menjadi tetamu Allah selagi badan masih sehat bertenaga, rezeki dilapangkan dan masa masih terluang.
Wednesday, February 3, 2010
HADITH-HADITH LEMAH DAN PALSU-13
MEMBACA SURAH YAA-SIN KEATAS ORANG YANG HAMPIR MATI
ما من ميت يموت فيقرأ عنده ((يس)) إلا هوَّن الله عليه
Maksudnya: Tidak ada seorang pun yang akan mati lalu dibaca disisinya Surah Yaa-sin nescaya Allah akan mudahkan atasnya (kematiannya).
1) Perawi Hadith:
• Abu Nu'aim
2) Darjat Hadith:
• Sangat Lemah
3) Sebabnya:
• Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Marwaa-n bin Saa-lim al-Ghifaa-ri Abu Abdullah al-Jazari.
• Kata al-Bukhari, Muslim dan ad-Daa-ruquthni: Ia seorang yang munkar hadithnya.
• Kata Abu Haa-tim: Ia seorang yang sangat munkar hadithnya, lemah hadithnya, tiada baginya hadith yang berdiri (sendiri)/lurus.
• Kata an-Nasaa-i dan Ibnu Hajar: Ia seorang yang matruk (ditinggalkan hadithnya).
• as-Saa-ji dan Abu 'Aruu-bah menuduhnya sebagai pemalsu hadith.
Daftar Rujukan:
1) at-Taa-rii-kh al-Kabii-r, Muhammad bin Ismaa-'iil al-Bukhaa-ri.
2) al-Jarh Wa at-Ta'dii-l, Abdur Rahman bin Abu Haa-tim.
3) ad-Dhu'afaa-k Wa al-Matruu-kin, Ahmad bin Syu'aib an-Nasaa-i.
4) ad-Dhu'afaa-k Wa al-Matruu-kin, 'Ali bin 'Umar ad-Daa-ruquthni.
5) Mii-zan al-I'tidaa-l, Syamsuddin az-Zahabi.
6) Siyar A'laa-m an-Nubalaa-k, Syamsuddin az-Zahabi.
7) Taqrii-b at-Tahzii-b, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
8) Tahzii-b at-Tahzii-b, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
9) Irwaa-k al-Ghalii-l, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.
Tuesday, February 2, 2010
TAZKIRAH
SOLAT YANG PALING UTAMA
Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat al-Baihaqi dan Abu Nu'aim:
أفضل الصلوات عند الله صلاة الصبح يوم الجمعة في جماعة
Maksudnya: Solat yang paling utama disisi Allah ialah solat subuh pada hari Jumaat secara berjemaah.
Ambillah kesempatan ini wahai ummat yang mengaku beriman, lebih-lebih lagi jika dilihat dari segi jumlah hari Jumaat ini hanya 52 kali sahaja dalam setahun (mengikut perkiraan tahun Masehi terdapat 52 minggu dalam setahun).
Disiplinkan diri dengan mematuhi Allah dan RasulNya SAW, lepaskan diri dari kekangan hawa nafsu dan perangilah syaitan yang tidak jemu-jemu menghasut manusia. Binalah diri dan keluarga kejalan yang diredhai Allah.
Monday, February 1, 2010
TAZKIRAH
KEUTAMAAN PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS
ذَانِكَ يَوْمَانِ تُعْرَضُ فِيْهِمَا اْلأَعْمَالُ عَلَى رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya: Dua hari tersebut (Isnin dan Khamis) merupakan hari amalan-amalan dibentang kepada Allah Tuhan Semesta Alam, maka aku suka amalan aku dibentang dalam keadaan aku berpuasa.