Wednesday, November 18, 2009

PUASA 9 ZUL HIJJAH SERTA KEUTAMAANNYA

Pensyariatan puasa pada 9 Zul Hijjah (Hari Arafah) serta keutamaannya berdasarkan hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi yang bersumber dari Abu Qatadah al-Ansari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً

Maksudnya: Puasa Hari Arafah (9 Zul Hijjah) menghapuskan dosa dua tahun, iatu tahun lepas dan akan datang (Lafaz hadith ini adalah bagi Imam Ahmad).

Kata Imam an-Nawawi didalam Syarah Soheh Muslim (Jilid 4 mukasurat 307) mengenai maksud menghapuskan dosa dua tahun: "Yang dimaksudkan dengannya ialah dosa-dosa kecil".

Itulah keutamaan besar bagi sesiapa yang melakukan puasa ini. Sayugianya bagi sesiapa yang cintakan Sunnah Nabi Muhammad SAW tidak melepaskan peluang keemasan yang hanya datang sehari dalam setahun ini.

Disediakan oleh Ust Ibrahim Mohd Raja, 17 Nov 2009

No comments:

Post a Comment

Salam dari kami. Kami hargai komen & teguran; kami juga menghargai kesopanan. Semoga kita beroleh keredhaan Allah.