وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa (al-an'Aam 6:153)

HADITH-HADITH LEMAH DAN PALSU - 5

>> Wednesday, December 16, 2009

PERSELISIHAN ADALAH RAHMAT

اخْتِلاَفُ أُمَّتِي رَحْمَةٌ

Maksudnya: Perselisihan dikalangan ummatku adalah rahmat.

1) Periwayat Hadith:
  • Hadith ini tidak memiliki sanad.
2) Darjat Hadith:
  • Tiada asal baginya (Palsu).
3) Keterangan:
  • Secara jelas dan pasti hadith ini bertentangan dengan al-Quran yang menegah berpecah belah/bercerai berai. Firman Allah SWT didalam Surah Aalu 'Imran ayat 103:
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai berai.

  • Berpecah belah/bercerai berai adalah berpunca daripada perselisihan, maka amat tidak masuk aqal Nabi Muhammad SAW menyetujuinya dan menanggapnya sebagai "rahmat".
  • Dan lagi jelas tidak masuk aqal apabila dikatakan "perselisihan itu rahmat" maka sudah pasti "bersatu padu itu adalah kecelakaan". Sesiapapun yang beraqal sempurna pasti tidak menyatakan demikian.
  • Perselisihan inilah yang telah menjadikan ummat Islam pada hari ini hilang kemuliaan dan kekuatan. Perselisihan dalam pelbagai jurusan samada aqidah, mazhab, politik, pemikiran dan lain-lain telah menghumban ummat kedalam "lubang" yang cukup dalam, yang melemaskan sesiapa sahaja termasuk golongan agamawan.
  • Sekiranya perselisihan antara ummat itu satu rahmat sudah pasti Allah SWT tidak memerintahkan supaya kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sedangkan ia adalah sebaliknya, sebagaimana firmanNya didalam Surah an-Nisaa-k ayat 59:
فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله والرسول

Maksudnya: Maka sekiranya kamu berselisih didalam sesuatu perkara maka kembalikan kepada Allah dan Rasul (al-Quran dan as-Sunnah).


Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri


Daftar Rujukan:

1) Kasf al-Khafak, Ismaa-'il bin Muhammad al-'Ajluu-ni.
2) Asna al-Mathoo-lib, Muhammad bin Darwish al-Huu-t.
3) as-Shazarah, Muhammad bin Thuu-luun as-Shoo-lihi.
4) Dho'ief al-Jaa-mi' as-Shoghii-r, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.
5) Silsilah al-Ahaa-dith ad-Dho'iefah Wa al-Maudhuu-'ah, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.

Read more...

AL-QUR'AN DAN SAINS MODEN - Siri 4

>> Tuesday, December 15, 2009

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
OLEH ZAKIR NAIK

I.ASTRONOMI

ADANYA JIRIM ANTARA GALAKSI ( INTERSTELLAR)

Pada awalnya ruang angkasa di luar sistem-sistem astronomi yang tersusun di anggap hampagas (vacuum). Pakar astrofizik kemudiannya menemui adanya jrim perantara di ruang angkasa antara galaksi ini. Ia dinamakan plasma, dan ianya terdiri daripada gas berion yang mengandungi elektron bebas yang sama banyak bilangannya dengan ion positif. Plasma ini juga dipanggil sebagai bentuk jirim yang keempat ( disamping tiga lagi bentuk jirim iaitu pepejal, cecair dan gas ). Al-Qur’an menyatakan adanya jirim di ruang angkasa di antara galaksi ini dalam ayat yang berikut:

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya….(Al-Furqan : 59)

Adalah mustahil untuk sesiapa pun mengatakan bahawa adanya jirim di ruang angkasa antara galaksi ini telah diketahui 1400 tahun yang lalu.

ALAM SEMESTA YANG KIAN MENGEMBANG LUAS

Dalam tahun 1925, pakar astronomi Amerika bernama Edwin Hubble, telah memberikan bukti pemerhatian bahawa semua galaksi sedang merenggang di antara satu sama lain, yang mana ia menunjukkan bahawa Alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini telah menjadi satu fakta saintifik yang diiktitiraf. Al-Qur’an menyebut mengenai pengembangan alam semesta dalam ayat berikut:

وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami), dan Kami benar-benar meluaskannya. (Az_Zaariyaat: 47)

Perkataan Arab muusiuun diterjemahkan sebagai ‘ianya mengembang’, dan ianya merujuk kepada penciptaan pengembangan alam semesta yang kian meluas.

Stephen Hawking dalam bukunya, ‘ A Brief History of Time’ menyebut “ Penemuan bahawa alam semesta sedang mengembang luas adalah suatu revolusi intelektual yang terulung dalam Abad Keduapuluh.” Al-Qur’an menyebut tentang fenomena mengembang luas alam semesta ini semasa manusia masih belum tahu untuk membuat teleskop!

Ada orang yang mungkin berkata bahawa munculnya fakta astronomi dalam Al-Qur’an tidaklah menghairankan, oleh kerana orang-orang Arab telah pun maju dalam bidang astronomi. Walau bagaimanapun mereka gagal untuk menyedari bahawa Al-Qur’an diturunkan berabad lamanya sebelum orang-orang Arab maju dalam bidang astronomi. Malah kebanyakan fakta-fakta saintifik yang dinyatakan di atas mengenai astronomi, misalnya seperti kejadian alam semesta akibat Letupan Besar, tidaklah diketahui oleh orang-orang Arab walau pun ketika mereka berada di kemuncak kemajuan saintifik. Fakta saintifik yang disebut dalam Al-Qur’an bukanlah disebabkan kemajuan orang-orang Arab dalam bidang astronomi. Tetapi sebaliknya kemajuan orang-orang Arab dalam bidang astronomi ini adalah disebabkan adanya fakta-fakta astronomi dalam Al-Qur’an.


II.FIZIK

KEUJUDAN ZARAH-ZARAH SUB-ATOM

Pada masa dahulu teori yang terkenal iaitu “Theory of Atomism” telah diterima ramai. Teori ini berasal dari Greek, terutamanya oleh Democritus, yang hidup 23 abad yang lalu. Democtritus dan orang-orang selepasnya mempercayai bahawa unit terkecil bagi sesuatu jirim adalah atom. Orang-orang Arab juga mempercayai perkara yang sama. Perkataan Arab dharrah selalunya dimaksudkam atom. Pada masa kini sains moden telah menemui bahawa atom boleh dipecahkan kepada unit yang lebih kecil, dan ianya adalah kemajuan pada Abad Duapuluhan. Pada empatbelas abad yang lalu konsep ini agak ganjil bagi orang Arab. Pada mereka dharrah adalah unit yang terkecil, tiada lagi pecahan selepas itu. Walau bagaimanapun Al-Qur’an menerangkan bahawa ada lagi pecahan yang lebih kecil, seperti ayat berikut:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَأْتِينَا السَّاعَةُ قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَالِمِ الْغَيْبِ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَلَا أَصْغَرُ مِن ذَلِكَ وَلَا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Dan berkata orang-orang yang kafir “ Tidak akan datang kepada kami Hari Kiamat.” Katakanlah ya, demi Tuhanku pasti ia datang kepadamu, Allah yang Maha Mengetahui yang ghaib, tidak tersembunyi dariNya seberat zarah di langit dan di bumi, dan tidak pula sesuatu yang lebih kecil dari itu, dan tidak pula yang lebih besar, melainkan semua (tercatat) di dalam Kitab(Lauh Mahfuudz) yang jelas. (Saba’:3)

Ayat ini merujuk kepada kebesaran Allah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu, baik yang terang mahu pun yang tersembunyi. Allah Maha Mengetahui segala-segalanya sama ada yang lebih kecil atau lebih besar dari atom. Ayat ini menunjukkan dengan jelas ujudnya sesuatu yang lebih kecil dari atom, yang mana fakta ini baru saja ditemui oleh sains moden.

Read more...

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

>> Monday, December 14, 2009

1) Doa merupakan suatu ibadat yang dianjur dan diperintahkan oleh Allah dan RasulNya SAW. Antaranya firman Allah SWT didalam Surah Ghaa-fir ayat 60:

وقال ربكم ادعوني أستجب لكم

Maksudnya: Dan Tuhan mu berfirman "Berdoalah kepadaKu niscaya Aku akan mustajabkan/perkenankan bagi mu.

2) Juga sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat al-Haa-kim:

الدُّعَاءُ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلْ فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِالدُّعَاءِ

Maksudnya: Doa itu memberi manafaat bagi apa yang telah terjadi dan apa yang belum terjadi, oleh itu hendaklah kamu berdoa wahai hamba-hamba Allah.

3) Secara umumnya setiap orang boleh berdoa pada bila-bila masa yang ia kehendaki berdasarkan perintah secara umum seperti ayat dan hadith diatas. Walaupun begitu, disana terdapat banyak hadith-hadith Nabi Muhammad SAW yang mengkhususkan masa/waktu, tempat dan keadaan untuk seseorang berdoa lebih-lebih lagi ia dijanjikan mustajab oleh Baginda SAW. Contohnya:

  • Doa antara azan dan iqamah (hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Hibban).
  • Doa orang yang berjihad, mengerjakan haji dan umrah (hadith riwayat an-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, al-Haa-kim, al-Baihaqi).
  • Doa orang yang berpuasa (hadith riwayat al-Baihaqi).

4) Dari itu dapat kita fahami bahawa menetapkan masa/waktu, tempat dan keadaan untuk berdoa secara khusus memerlukan dalil untuk dipraktikkan. Jika tidak memiliki dalil maka kita telah mengada-adakan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah dan Rasul SAW. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Muslim:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya: Barangsiapa yang mengerjakan satu amalan yang tidak kami perintahkan maka amalan itu tertolak (tidak diterima).

5) Bagi doa akhir dan awal tahun yang diamalkan secara berleluasa kini, bahkan telah diangkat menjadi "acara rasmi" tidak terlepas dari peringatan hadith diatas. Secara pasti tidak terdapat dalil khusus yang menetapkannya, sedangkan ia berkaitan dengan masa/waktu doa tersebut dibaca.

5) Timbul pertanyaan dari mana asalnya amalan yang tidak thabit daripada sunnah Nabi Muhammad SAW ini? Jawapannya kita lihat kitab Ishlah al-Masaa-jid karangan Muhammad Jamaa-luddin al-Qaa-simi (mukasurat 113 cetakan al-Maktab al-Islaa-mi,cetakan pertama 1422H/2001M) dengan katanya:

"Dan ia adalah doa yang direkacipta yang tidak sekali-kali diriwayatkan daripada Nabi SAW, tidak daripada sahabat-sahabatnya dan juga daripada at-Taa-bi'ien. Dan ia juga tidak sekali-kali diriwayatkan didalam mana-mana kitab hadith yang bersanad, tidak didalam kitab-kitab yang memuatkan hadith-hadith palsu. Ia adalah dari rekacipta sebahagian orang-orang yang dianggap syeikh yang hidup cara orang-orang fakir"

6) Inilah asal usul amalan ini.


Disediakan oleh Ust Ibrahim Mohd Raja al-Maniri

Read more...

LEMBU - SUSU, MINYAK SAPI DAN DAGINGNYA

>> Sunday, December 13, 2009

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat al-Hakim, Abu Nu'aim:

عَلَيْكُمْ بِأَلْبَانِ اْلبَقَرِ فَإِنَّهَا دَوَاءٌ وَأَسْمَانِهَا فَإِنَّهَا شِفَاءٌ وَإِيَّاكُمْ وَلُحُوْمَهَا فَإِنَّ لُحُوْمَهَا دَاءٌ

Maksudnya: Hendaklah kamu meminum susu lembu kerana sesungguhnya ia ubat, hendaklah kamu memakan minyak sapi kerana sesungguhnya ia penyembuh penyakit dan hendaklah kamu jauhi daging lembu kerana sesungguhnya ia mendatangkan penyakit.

Terdapat 3 perkara yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW didalam hadith diatas untuk diambil perhatian oleh ummat Islam:

1) Minum susu lembu kerana ia ubat.

2) Makan minyak sapi kerana ia penyembuh penyakit.

3) Hindari dari makan dagin lembu kerana ia mendatangkan penyakit.

Perintah Nabi Muhammad SAW supaya menjauhi daging lembu dalam hadith diatas bukan bermakna ia langsung tidak boleh dimakan kerana dizaman Baginda SAW ada dijalankan ibadat korban dengan menyembelih lembu sebagaimana hadith riwayat Abu Daud dan an-Nasai didalam Kitab Sunan masing-masing dibawah Kitab ad-Dhohaa-ya (Kitab Mengenai Sembelihan Korban).

Sekiranya daging lembu langsung tidak boleh dimakan maka tidak bermanafaat dagingnya dari korban tersebut lebib-lebih lagi untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Dengan itu ia akan terbuang begitu sahaja dan membazir.

Maksud sebenar dari tegahan dalam hadith diatas (setelah merujuk kepada beberapa orang doktor pakar) bahawa memakan daging lembu dalam jumlah yang banyak dan secara kerap hendaklah dijauhi kerana ia boleh mendatangkan penyakit sebagaimana disokong oleh ilmu perubatan moden.

Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri

Read more...

HADITH-HADITH LEMAH DAN PALSU - 4

>> Saturday, December 12, 2009

MEMBACA SURAH (( يس )) PADA MALAM JUMAAT

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ ((يس)) فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ غُفِرَ لَهُ

Maksudnya: Barangsiapa membaca Surah ((YAA SIIN)) pada malam Jumaat diampun baginya (akan dosa-dosanya).

1)  Periwayat Hadith:
 -  al-Ashfahaa-ni

2)  Darjat Hadith:
 -  Sangat Lemah  ( ( ضَعِيْفٌ جِدًّا

3)  Sebab-sebabnya:
     Didalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang dipertikaikan:
1) al-Aghlab bin Tamim
2) Zaid bin al-Harish

Kita lihat kepada perawi yang pertama, al-Aghlab bin Tamim:

-   Kata al-Bukhari: Ia seorang yang munkar hadithnya.
-  Kata Ibnu Ma'in: Ia tidak memiliki sesuatu (yakni sesuatu yang soheh untuk dijadikan sandaran/pegangan) – Ia bermaksud "sangat lemah".
-   Kata an-Nasai: Ia lemah.
-  Kata Ibnu Hibban: Ia seorang yang munkar hadithnya. Ia meriwayatkan daripada perawi-perawi yang thiqah (kepercayaan) yang mana ia bukan dari hadith mereka, maka ia telah terkeluar dari batasan boleh berhujjah dengannya disebabkan banyak kesalahannya.

Kemudian kita lihat pula kedudukan perawi yang kedua, Zaid bin al-Harish:

-   Kata Ibnu al-Qathoo-n (Ali bin Muhammad bin Abdul Maa-lik): Ia majhul hal (yaitu seorang perawi yang diriwayatkan daripadanya dua orang atau lebih tetapi ia tidak dianggap thiqah/kepercayaan).

Disamping itu terdapat kecacatan lain pada sanad (jalur periwayatan) hadith ini, yaitu sanadnya terputus. Jalan periwayatannya adalah seperti berikut:

…….dari Zaid bin al-Harish, dari al-Aghlab bin Tamim dari Ayyub dan Yunus dari al-Hasan, dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW telah bersabda: (seperti hadith diatas).

Riwayat hadith ini terputus antara al-Hasan al-Basri dengan Abu Hurairah RA kerana al-Hasan ini tidak pernah mendengar sebarang hadith daripada Abu Hurairah RA.

-   Kedudukan al- Hasan yang tidak pernah mendengar hadith dari Abu Hurairah RA ditegaskan oleh at-Tirmizi, al-Bazzar, ad-Daa-ruquthni, Abdul Haq dan Ibnu al-Qathoo-n.

-  Kedudukan terputusnya periwayatan al-Hasan dari Abu Hurairah RA ini dikuatkan lagi oleh az-Zahabi didalam kitabnya Mii-zaa-n al-I'tidal (Jilid 2 mukasurat 281 cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, Lubnan. Cetakan pertama 1416 H/1995 M).


Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri


Daftar Rujukan:

1)   at-Taa-rikh al-Kabii-r, Muhammad bin Ismail al-Bukhari.
2)   ad-Dhu'afak Wa al-Matruu-kin, Ahmad bin Syu'aib an-Nasai.
3)   ad-Dhu'afak Wa al-Matruu-kin,  Abdur Rahman Ibnu al-Jauzi.
4)   Mii-zan al-I'tidal, Syamsuddin az-Zahabi.
5)   Lisan al-Mii-zan, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
6)   Silsilah al-Ahaa-dith ad-Dho'iefah Wa al-Maudhu'ah, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.
7)   Mu'jam Alfaz Wa 'Ibaa-raa-t al-Jarh Wa at-Ta'dii-l, Sayyid Abdul Maa-jid al-Ghauri.
8)   Tahqiq al-Ghaa-yah, Thanaa-ullah az-Zaa-hidi.

Read more...

AL-QUR'AN DAN SAINS MODEN - Siri 3

>> Sunday, December 6, 2009

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh Zakir Naik

I.ASTRONOMI

MATAHARI BERPUTAR

Sejak sekian lama ahli falsafah dan saintis Eropah mempercayai bahawa bumi berada tetap kedudukannya di tengah alam semesta, manakala planet-planet lain termasuk matahari bergerak mengelilingi bumi. Di Negara Barat konsep geocentric alam semesta ini terkenal pada zaman Ptolemy hinggalah ke abad kedua sebelum Masehi. Pada tahun 1512M, Nicholas Copernicus mengenengahkan Teori Pergerakan Planet Heliocentric, yang menyatakan bahawa matahari berada tetap di tengah sistem solar manakala planet-planet lain bergerak mengelilingi matahari.

Pada tahun 1609M seorang saintis German, Yohannus Keppler menerbitkan bukunya 'Astronomia Nova’ , di mana beliau menyimpulkan bahawa planet-planet bukan sahaja bergerak di atas orbit membujur mengelilingi matahari , malah planet-planet ini berputar di atas paksinya pada kelajuan yang tidak sekata. Dengan pengetahuan ini, ianya memudahkan saintis-saintis Eropah menerangkan dengan tepat banyak mekanisma sistem solar termasuk aturan silih-ganti malam dan siang.

Setelah penemuan-penemuan ini, matahari dikatakan tidak bergerak (stationary) dan tidak berputar pada paksinya sepertimana bergerak dan berputarnya bumi. Penulis sendiri pernah mempelajarinya dalam subjek Geografi semasa di bangku sekolah, yang mana sebenarnya tanggapan ini adalah salah.

Cuba perhatikan ayat Al-Qur’an yang berikut:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, dan matahari dan bulan, masing-masing dalam garis-edarnya mereka beredar ( Al-Anbiyaa’:33 )

Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas ialah yasbahuun . Perkataan yasbahuun diperolehi dari perkataan sabaha, bermaksud pergerakan suatu objek yang sedang bergerak sendiri. Jika perkataan ini digunakan pada pergerakan manusia di atas bumi, ianya bukan bermakna manusia itu sedang bergolek, tetapi ia bermaksud sedang berjalan atau sedang berlari. Jika perkataan ini digunakan pada manusia yang berada di dalam air, ia bukan bermaksud manusia tersebut sedang timbul, tetapi bermaksud ia sedang berenang.

Sama jugalah kalau kita gunakan perkataan yasbah pada satu objek di angkasa seperti matahari, ia bukannya sahaja bermaksud matahari sedang bergerak di angkasa, tetapi juga bermaksud matahari berputar semasa is bergerak merentasi angkasa. Kebanyakan buku-buku sekolah memasukkan fakta bahawa matahari berputar pada paksinya. Putaran matahari pada paksinya ini boleh dibuktikan dengan bantuan peralatan yang menampilkan imej matahari pada permukaan meja, yang mana membolehkan kita mengkaji imej matahari tanpa merosakkan mata. Kajian ini mendapati matahari mempunyai titik-titik yang menyempurnakan satu pergerakan bulat setiap 25 hari – yang bermaksud matahari mengambil masa lebih kurang 25 hari untuk mnyempurnakan putaran pada paksinya.

Malah matahari bergerak merentasi angkasa pada kelajuan di anggarkan 150 batu sesaat, dan mengambil masa selama kira-kira 200 juta tahun untuk menyempurnakan satu pusingan di tengah-tengah Galaksi Milky Way ini.

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapati bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya. (Yaasiin:40)

Ayat di atas menyatakan fakta penting yang ditemui oleh ilmu astronomi moden, iaitu ujudnya orbit-orbit masing-masing bagi matahari dan bulan, dan peredaran kedua-duanya merentasi angkasa dengan pergerakan mereka yang tersendiri.

Tempat yang tetap di mana matahari beredar di atasnya, dan pembentukan sistem solar, telah dapat ditentukan oleh ilmu astronomi moden. Ianya dinamakan, The Solar Apex. Sistem solar ini sebenarnya sedang bergerak kearah suatu titik di Constellation Hercules (Alpha Lyrae) yang mana lokasi sebenarnya juga telah dapat ditentukan.

Bulan berputar pada paksinya dalam jangkamasa yang sama ia beredar mengelilingi bumi. Ia mengambil masa lebih kurang 29 ½ hari untuk menyempurnakan satu putaran.

Sesiapa pun akan terpegun hairan atas ketepatan dalam ayat-ayat Al-Qur’an dalam menerangkan perkara ini. Tidakkah kita terfikir dari manakah sumber pengetahuan yang ada di dalam Al-Qur’an ini?

MATAHARI AKAN TERPADAM TERUS SELEPAS SUATU MASA TERTENTU

Cahaya matahari adalah kesan dari proses kimia yang berlaku di atas permukaannya, yang mana berlaku secara berterusan sejak berbillion tahun yang lalu. Ia akan sampai ke pengakhirannya pada suatu ketika di masa depan, di mana matahari akan terpadam terus, menyebabkan kepupusan kehidupan di muka bumi. Keujudan matahari yang tidak kekal ini disebut dalam ayat Al-Qur’an di bawah ini:

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
Dan matahari beredar pada tempat peredarannya baginya. Demikianlah ketetapan (Allah) yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. tempat peredarannya baginya. Demikianlah ketetapan (Allah) yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. (Yaasiin : 38)

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah mustaqarr, yang bermaksud suatu tempat atau waktu yang ditentukan. Oleh itu Al-Qur’an menyatakan bahawa matahari beredar menuju ke arah tempat yang ditentukan, dan peredaran matahari ini hanya akan berlaku untuk suatu jangkamasa telah ditentukan sahaja – yang mana ianya akan berakhir atau terpadam.

(Nota: Keterangan yang sama dinyatakan dalam Al-Qur’an dalam surah Ar-Ra’d : 2, Faathir : 13, Az-Zumar : 5)

اللّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُّسَمًّى
Allah yang meninggikan langit tanpa tiang sepertimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan Dia menundukkan matahari dan bulan , masing-masing beredar sampai pada waktu (yang) ditentukan..... (Ar-Ra'd: 2)

يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى
Dia memasukkan malam pada siang dan Dia memasukkan siang pada malam, dan Dia menundukkan matahari dan bulanmasing-masing beredar sampai /waktu yang telah ditentukan… (Faathir : 13)

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى
Dia telah menciptakan langit dan bumi dengan benar, Dia memasukkan malam atas siang dan Dia memasukkan siang atas malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing beredar pada menurut waktu (yang telah) ditentukan… (Az-Zumar : 5)

Read more...

AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN – Siri 2

>> Friday, December 4, 2009

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh: Dr. Zakir Naik

I.ASTRONOMI

PEMBENTUKAN ALAM : LETUPAN BESAR

Penciptaan alam ini seperti diperjelaskan oleh ahli astrofizik adalah melalui fenomena yang diterima secara meluas, dikenali dengan panggilan Letupan Besar (The Big Bang). Ianya disokong oleh data-data pemerhatian dan ujikaji yang telah dikumpulkan oleh ahli astronomi dan astrofizik sejak beberapa abad.yang lalu. Berdasarkan fenomena Letupan Besar, seluruh alam ini pada asalnya adalah suatu jisim yang besar (Primary Nebula). Kemudian terjadi suatu Letupan Besar (Secondary Separation) yang menyebabkan terbentuknya Galaksi-Galaksi, yang mana dibahagi-bahagikan pula untuk membentuk bintang-bintang, planet-planet, matahari, bulan dsbnya. Asal pembentukan alam ini adalah unik dan keberangkalian ianya terjadi secara kebetulan adalah mustahil.

Al-Qur’an memperjelaskan asal kejadian alam ini dalam surah yang berikut

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا
Dan tidakkah orang-orang kafir itu melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi ini , kedua-duanya pada asalnya bercantum (dalam bentuk yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?...(Al-Anbiyaa’:30)

Ini menunjukkan persamaan yang jelas di antara ayat Al-Qur’an di atas dengan fenomena Letupan Besar. Bagaimana sebuah kitab yang muncul di padang pasir Semenjung Arab 1400 tahun yang lalu boleh mengandungi kebenaran saintifik yang terbukti ini?

PADA MULANYA TERDAPAT SUATU KEPULAN GAS SEBELUM PEMBENTUKAN GALAKSI-GALAKSI

Para saintis menyatakan sebelum galaksi-galaksi dalam alam ini terbentuk, kandungan angkasa (celestial) pada asalnya adalah dalam bentuk gas. Kepulan gas atau awan yang besar ini terjadi sebelum pembentukan galaksi-galaksi. Untuk memperjelaskan bentuk semesta yang asal ini, penggunaan perkataan ‘asap’ lebih bersesuaian jika dibandingkan dengan perkataan gas. Ayat Al-Qur’an di bawah ini merujuk kepada keadaan alam semesta pada masa tersebut dengan perkataan dhukhan , bermakna asap.

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِي
Kemudian Dia menuju kepada langit dan (saat itu) ia(langit) (masih berupa) asap lalu Dia berfirman pada langit dan pada bumi “Datanglah kalian berdua(menuruti perintahKu) (dalam keadaan)sukarela atau terpaksa” (lalu) mereka pun berkata “kami berdua datang (kepadaMu) (dengan) sukarela/patuh”. (Al_Fussilat :11)

Sekali lagi kenyataan ini bersamaan dengan fenomena Letupan Besar, yang mana tidak ada dalam pengetahuan bangsa Arab pada zaman Nabi Muhammad (SAW). Jadi dari manakah sumber asal pengetahuan ini?

BENTUK DUNIA YANG BULAT

Pada zaman dahulu manusia mempercayai bahawa dunia ini rata/mendatar. Selama beberapa abad manusia takut untuk menerokai atau mengembara jauh kerana bimbang akan terjatuh dipenghujungnya. Sir Francis Drake adalah manusia pertama yang membuktikan dunia ini bulat apabila ia berjaya belayar mengelilingi dunia pada tahun 1597M.

Lihat ayat Al-Qur’an berikut yang menerangkan kejadian silihganti pertukaran siang dan malam:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِفِجُ النَّهَارَ ي اللَّيْلِ
Tidakkah kamu lihat Allah memasukkan malam ke dalam siang dan Dia memasukkan siang ke dalam malam?….( Luqman:29)

Memasukkan di sini bererti malam berubah secara perlahan dan berperingkat kepada siang dan begitu juga sebaliknya. Fenomena ini hanya boleh berlaku jika bumi ini berbentuk bulat Jika bumi ini rata/mendatar nescaya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam berlaku secara mengejut.

Ayat Al-Qur’an berikut juga menyebut secara tidak langsung tentang bentuk dunia yang bulat:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ
Dia telah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dia memasukkan malam atas siang dan Dia memasukkan siang atas malam…(Saad:5)

Perkataan Arab yang digunakan disini ialah Kawwara, bererti ditindih/tindan atau digelung- seumpama serban yang dililit di atas kepala. Pertindihan atau pergelungan siang dan malam ini hanya boleh berlaku jika dunia ini berbentuk bulat.

Bentuk dunia tidak bulat yang sempurna seperti sebiji bola, tetapi membujur (geo-spherical), ianya mendatar pada bahagian kedua-dua paksinya. Ayat Al-Qur’an berikut mengandungi keterangan bentuk bumi:

وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا
Dan setelah itu bumi ini Dia jadikan berbentuk telur. (An-Naazi’aat:30)

Perkataan Arab bagi telur di sini ialah dahaha, yang bermakna sebiji telur burung kasawari.. Bentuk sebiji telur burung kasawari menyerupai bentuk bumi yang membujur..
(Nota:Perkataan Arab dahaha telah diterjemahkan oleh A.Yusuf Ali sebagai hamparan, yang mana juga betul. Perkataan dahaha juga bermaksud sebiji telur burung kasawari).

Oleh itu Al-Qur’an menerangkan dengan tepat bentuk bumi yang sebenar, walaupun ketika Al-Qur’an itu diturunkan manusia masih beranggapan bahawa bumi adalah rata/mendatar.

CAHAYA BULAN ADALAH CAHAYA PANTULAN

Menjadi kepercayaan manusia dalam tamaddun terawal bahawa bulan mengeluarkan cahayanya tersendiri. Sains kini menerangkan kepada kita bahawa cahaya pada bulan itu sebenarnya adalah cahaya pantulan.Walhal fakta ini telah dinyatakan dalam Al-Qur’an 1,400 tahun dahulu dalam ayat yang berikut:

. تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاء بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُّنِيرًا
Maha Suci (Zat) yang telah menjadikan di langit gugusan bintang (duabelas) dan Dia (juga) menjadikan di sana (langit) matahari dan bulan (yang) bersinar. (Al-Furqan: 61)

Perkataan Arab bagi matahari dalam Al-Qur’an ialah shams. Ianya dipanggil dengan sebutan siraaj, bermaksud suatu suluhan, atau dengan sebutan wahhaaj bermaksud lampu yang menyala-nyala, atau dengan sebutan diya bermaksud pancaran gemerlapan. Ketiga-tiga sebutan ini sangat bersesuaian untuk matahari, kerana ianya mengeluarkan kepanasan yang tinggi dan cahaya dari pembakaran dalamannya. Manakala perkataan Arab bagi bulan ialah qamar dan ia disebut dalam Al-Qur’an sebagai muneer, bermaksud suatu objek yang memberikan nur iaitu bersinar. Sebutan dalam Al-Qur’an ini sangat tepat sekali dalam menerangkan sifat sebenar bulan yang secara tersendiri tidak mengeluarkan cahaya tetapi adalah suatu objek yang memantulkan cahaya daripada matahari. Di dalam Al-Qur’an sama sekali tidak pernah disebut bulan sebagai siraaj, wahhaaj atau diya, dan matahari sebagai nur atau muneer. Ini membuktikan Al-Qur’an mengenal perbedaan di antara sifat cahaya matahari dan cahaya bulan.
Cuba lihat ayat-ayat Al-Qur’an di bawah ini yang menerangkan sifat cahaya dari matahari dan bulan:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُورًا
Dia (adalah) Zat yang telah menjadikan matahari bercahaya dan bulan bersinar..(Yunus: 5)

Oأَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا
Oوَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا
Apakah tidak kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit(dengan) bertingkat-tingkat.○ dan Dia telah menciptakan bulan di dalam (tujuh langit)(sebagai) cahaya dan Dia telah menciptakan matahari (sebagai) pelita yang menerangi○ ( Nuh: 15-16).

Read more...

21 ekor kambing on YouTube

>> Thursday, December 3, 2009

Read more...

HADITH-HADITH LEMAH DAN PALSU - 3

>> Wednesday, December 2, 2009

MENUNTUT ILMU SAMPAI KE NEGERI CHINA

                    اطْلُبُوْا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ                      

Maksudnya: Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China.

1)   Periwayat-periwayat hadith:
-          Ibnu 'Adi
-          Abu Nu'aim
-          Ibnu 'Abd al-Barr
-          al-Baihaqi
-          al-Khathib

2)   Darjat Hadith:

-          Palsu     مَوْضُوْع 

3)   Sebabnya:
Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abu 'Aa-tikah Thorii-f bin Salman:

-     Kata al-Bukhari: Ia seorang yang munkar hadithnya.
-     Kata an-Nasaa-i: Ia tidak thiqah (kepercayaan).
-     Kata as-Sulaimaa-ni (Ahmad bin Ali bin Amar Abu al-Fadhl as-Sulaimaa-ni): Ia termasuk dari kalangan orang yang dikenali sebagai pemalsu hadith.
-     Kata ad-Daa-ruquthni dan Ibnu Hajar: Ia lemah.
-     Kata az-Zahabi: Disepakati atas kelemahannya.
-     Ahmad mengengkari hadith ini dengan keengkaran yang bersangatan (sangat keras).
-     Kata Ibnu Hibban: Hadith ini bathil, tiada asalnya.
-          Ibnu al-Jauzi meletakkan hadith ini didalam kitabnya "al-Maudhu'aa-t" (Hadith-hadith Palsu).

Daftar Rujukan:
1)   at-Taa-rikh al-Kabii-r, Muhammad bin Ismail al-Bukhari.
2)   ad-Dhu'afaa-k Wa al-Matruu-kin, Ahmad bin Syu'aib an-Nasaa-i.
3)   Tahzib at-Tahzib, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
4)   Mii-zan al-I'tidal, Syamsuddin az-Zahabi.
5)   Tazkirah al-Huffaa-z, Syamsuddin az-Zahabi.
6)   al-Maudhu'aa-t, Abd ar-Rahman bin al-Jauzi.
7)   As-Syazarah, Muhammad bin Thuu-luu-n as-Soo-lihi.
8)   Silsilah al-Ahaa-dith ad-Dho'iefah Wa al-Maudhuu-'ah, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.

Disediakan oleh Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri

Read more...

AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN – Siri 1

>> Tuesday, December 1, 2009

TERJEMAHAN BUKU

AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN – Siri 1
Oleh: Dr. Zakir Naik

SIPNOSIS

Dr. Zakir Naik, lahir 18 Oktober 1965, berkelayakan Doktor Perubatan, adalah seorang pensyarah terkemuka antarabangsa mengenai Islam dan Perbandingan Agama. (Lawati laman web beliau di sini).

Beliau mengemukakan pendapat dan mengungkai salah-tanggap mengenai Islam berdasarkan Al-Qur’an & Hadis-hadis Sahih dengan di sokong hujah-hujah alasan, logik dan fakta saintifik.

Dalam bukunya Al-Qur’an Dan Sains Moden, beliau telah menganalisis bagaimana ayat-ayat Al-Qur’an yang diturunkan 1400 tahun yang lalu telah menjelaskan bukti-bukti saintifik, yang mana mempunyai persamaan/konsisten dengan penemuan fakta-fakta saintifisik yang diiktiraf dalam bidang astronomi, fizik,geografi,geologi, oceonologi, biologi, botani, zoology, perubatan,fisiologi,embriologi,dan sains am, yang hanya ditemui beberapa abad yang lalu.

Ini membuktikan kebenaran Al-Qur’an, diiturunkan Allah kepada RasulNya Muhammad SAW, sebagai petunjuk kepada seluruh manusia dalam kehidupan mereka, agar mereka menyedari tujuan sebenar keujudan mereka di dunia ini: mengEsakan Allah. Al-Qur’an itu wahyu Allah, Maha Pencipta dan Maha Pemelihara alam semesta ini. - Abu Aiman

AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN

(Qur’an & Modern Science – Compatible Or Incompatible)

Oleh Dr. Zakir Naik – Islamic Research Foundation

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasehani


PENGENALAN

Sesungguhnya sejak mula adanya kehidupan manusia di muka bumi , mereka sentiasa mencari untuk memahami kejadian alam ini dari aspek Penciptanya dan matlamat kehidupan manusia itu sendiri. Dalam pencarian kebenaran ini, yang menjangkau beberapa abad dan pelbagai tamadun, agama telah membentuk kehidupan manusia serta sejarah tamadun mereka. Sebahagian dari agama-agama ini berdasarkan buku/kitab yang dipercayai oleh penganut-penganutnya diilhamkan dari Pencipta alam ini, manakala yang lain hanya berdasarkan kepada pengalaman manusia itu sendiri.

Al-Qur’an , teras utama kepada agama Islam, diyakini muslim datangnya dari Allah, Pencipta alam ini.Muslim mempercayai kitab ini sebagai panduan kehidupan untuk seluruh manusia. Oleh kerana kandungan Al-Qur’an ini diyakini untuk semua masa, ianya mesti relevan bagi setiap zaman. Adakah Al-Qur’an dapat melepasi ujian ini?. Dalam buku ini penulis akan memberikan analisis secara objektif ke atas keyakinan Muslim bahawa Al-Qur’an ini datangnya dari Pencipta alam ini, berdasarkan penemuan-penemuan saintifik yang telah diiktiraf.

Pada suatu ketika dalam sejarah tamadun manusia, yang mana keajaiban, atau sesuatu yang dianggap ajaib itu, dijadikan panduan mengatasi alasan sebab-musabab dan logik manusia. Tetapi bagaimana kita hendak mendefinisikan apa itu keajaiban? Suatu keajaiban adalah kejadian yang berlaku di luar norma-norma kehidupan yang mana akal manusia tidak dapat menjelaskannya. Walau bagaimanapun kita harus waspada sebelum menerima sesuatu itu sebagai keajaiban. Kemungkinan ianya hanya suatu penipuan atau ilusi.

Suatu kitab yang diyakini datangnya dari Pencipta adalah juga suatu keajaiban. Keyakinan ini harus mudah diuji dan disaring pada mana-mana zaman berdasarkan piawaian yang ada pada zaman tersebut. Muslim mempercayai Al-Qur’an adalah kitab yang terakhir diturunkan Allah, suatu keajaiban yang menjadi rahmat kepada kehidupan manusia. Oleh itu mari kita siasat kebenaran keyakinan ini.

CABARAN AL-QUR’AN

Penulisan dan sya’ir telah menjadi perantara penyataan dan kreativiti manusia dalam semua budaya. Dunia telah menyaksikan suatu zaman di mana penulisan dan syair menjadi kebanggaan, sama seperti kedudukan sains dan teknologi pada masa sekarang. Muslim dan bukan-Muslim mengakui Al-Qur’an adalah suatu penulisan Arab yang sangat hebat, Ianya adalah penulisan Arab paling terbaik di muka bumi ini. Al-Qur’an mencabar manusia dalam ayat yang berikut:
وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُواشُهَدَاءكُم مِّن دُونِ اللّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan kalau kamu menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami(Muhammad), maka cubalah datangkan satu surah yang sebanding dengan Al-Qur’an itu dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah jika kamu orang yang benar.(Al-Baqarah :23)
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ وَلَن تَفْعَلُواْ فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya: manusia dan batu-batu (berhala), yang disediakan untuk orang kafir.(Al-Baqarah:24)

Cabaran Al-Qur’an adalah untuk manusia membuat satu surah sama seperti surah-surah yang terkandung di dalamnya. Cabaran yang sama di ulang dalam Al-Qur’an beberapa kali..Cabaran untuk membuat satu surah yang lengkap, penuh makna dan seindah sama seperti Surah Al-Qur’an itu hingga sekarang masih belum tercapai oleh manusia.

Seorang manusia moden yang rasional tidak akan menerima satu catatan agama yang menyatakan bahawa dunia ini rata. walaupun dalam bahasa syair yang terbaik.Ini kerana kita hidup di zaman yang mana sebab-musabab, logik dan sains itu diberikan keutamaan.Tidak ramai yang menerima bahawa bahasa yang terindah dalam Al_Qur’an itu sebagai bukti ianya datang dari Pencipta. Mana-mana catatan yang dikatakan datangnya dari Pencipta harus diterima berdasarkan kekuatan sebab-musabab dan logiknya yang tersendiri.

Mengikut seorang ahli Fizik yang terkenal dan pemenang Hadiah Nobel, Albert Einstein, “Sains tanpa agama adalah lemah. Agama tanpa sains adalah buta.”. Oleh itu mari kita kaji Al-Qur’an, dan menganalisis sama ada Al-Qur’an dan Sains Moden mempunyai kesesuaian atau tidak?.

Al-Qur’an bukannya buku sains, tetapi ia adalah kitab petunjuk iaitu ayat.Terdapat lebih daripada enam ribu petunjuk dalam Al-Qur’an, yang mana lebih dari seribu petunjuk berkaitan dengan sains.

Kita semua tahu beberapa kali sains mengalami perubahan kebelakang (u-turn). Dalam buku ini penulis hanya mengambil fakta-fakta saintifik yang diiktiraf sahaja, bukannya hipotesis dan teori yang berasaskan andaian dan tidak disokong dengan bukti.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP