وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa (al-an'Aam 6:153)

AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN - Siri 9

>> Saturday, January 9, 2010

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh : Zakir Naik

VI. BIOLOGI

SETIAP HIDUPAN DIJADIKAN DARI AIR

Cuba perhatikan ayat Al-Qur’an yang berikut:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُون

Adakah tidak melihat orang-orang yang kafir bahwasanya langit dan bumi keduanya dahulu menyatu lalu Kami belah keduanya, dan Kami jadikan dari air tiap-tiap sesuatu yang hidup maka apakah tidak mereka beriman? (Al_Anbiyaa’: 30)

Hanya selepas adanya peningkatan dalam kemajuan sains kita dapat mengetahui bahawa sitoplasma (cytoplasm) , iaitu bahan asas sesuatu sel itu mengandungi 80% air. Penyelidekan moden juga mendapati kebanyakan organisma terdiri dari 50%-90% air dan setiap entiti hidup memerlukan air di dalam kehidupannya.
Adakah mungkin manusia pada 14 abad yang lalu dapat menyangka bahawa setiap benda hidup dijadikan dari air? Malah adakah sangkaan begini dapat dibayangkan oleh seorang manusia di tengah-tengah padang pasir negeri Arab di mana kawasan ini selalu mengalami kekurangan air?
Ayat Al-Qur’an yang berikut menerangkan kejadian binatang-binatang daripada air:

وَاللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِن مَّاء

Dan Allah telah menciptakan tiap-tiap makhluk melata dari air. (An-Nuur : 45)

Ayat berikut pula menerangkan kejadian manusia daripada air:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاء بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا

Dan Dialah yang menciptakan dari air akan manusia lalu Dia menjadikan nasab/keturunan dan hubungan pernikahan dan adalah Tuhan Pencipta kamu yang Maha Kuasa (Al-Furqaan : 54)


VII. BOTANI

TUMBUH-TUMBUHAN DICIPTAKAN BERPASANGAN, JANTAN & BETINA

Pada masa dahulu manusia tidak mengetahui bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai perbedaan jantina yang jelas antara jantan dan betina. Ilmu Botani menjelaskan bahawa setiap tumbuhan mempunyai jantina jantan dan betina. Malah tumbuhan yang mempunyai kedua jantina bersekali (unisexual), mempunyai kedua-dua elemen-elemen yang jelas perbedaannya antara jantan dan betina.

وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّن نَّبَاتٍ شَتَّى

Dan Dia telah menurunkan dari langit air maka Kami keluarkan dengannya berpasang-pasangan dari tumbuh-tumbuhan yang beraneka ragam (warna dan rasa) ( Thaahaa : 53 )

BUAH-BUAHAN DICIPTAKAN BERPASANGAN, JANTAN & BETINA

وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ

Dan dari segala buah-buahan Dia menjadikan padanya berpasang-pasang dua..( Ar-Ra’d : 3 )

Buah adalah produk terakhir dari sistem pembiakan tumbuh-tumbuhan berperingkat tinggi. Peringkat sebelum menjadi buah adalah bunga, yang mempunyai organ jantan dan betina (benangsari dan ovula), Apabila debunga di bawa ke bunga, ia menjadi buah, yang mana buah ini akan ranum dan membebaskan bijinya. Oleh itu semua buah-buahan menunjukkan adanya organ jantan dan betina; sepertimana fakta yang diterangkan dalam Al-Qur’an.

Dalam spesi-soesi tertentu, buah boleh terjadi dari bunga yang tak disenyawakan (buah dari jenis parthenocarpic), contohnya pisang, sebahagian jenis nenas, buah teen, oren, anggur, dll. Jenis-jenis ini juga mempunyai cirri-ciri jantina jelas/pasti.

SEMUANYA DICIPTA BERPASANGAN

وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)

Ayat ini merujuk kepada benda-benda selain dari manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia mungkin juga merujuk kepada fenomena seperti kuasa elektrik di mana atom yang mengandungi elektron dan proton, yang masing-masing mempunyai caj negative dan positif.

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Zat yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya dari apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri-diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka ketahui. (Yaasiin : 36 )

Di sini Al-Qur’an menyatakan bahawa setiap sesuatu itu diciptakan berpasangan, termasuk benda-benda yang masakini masih belum diketahui oleh manusia, dan yang mungkin ditemui kemudian hari.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP