HADITH-HADITH LEMAH DAN PALSU - 5
>> Wednesday, December 16, 2009
PERSELISIHAN ADALAH RAHMAT
اخْتِلاَفُ أُمَّتِي رَحْمَةٌ
Maksudnya: Perselisihan dikalangan ummatku adalah rahmat.
1) Periwayat Hadith:
- Hadith ini tidak memiliki sanad.
2) Darjat Hadith:
- Tiada asal baginya (Palsu).
3) Keterangan:
- Secara jelas dan pasti hadith ini bertentangan dengan al-Quran yang menegah berpecah belah/bercerai berai. Firman Allah SWT didalam Surah Aalu 'Imran ayat 103:
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai berai.
- Berpecah belah/bercerai berai adalah berpunca daripada perselisihan, maka amat tidak masuk aqal Nabi Muhammad SAW menyetujuinya dan menanggapnya sebagai "rahmat".
- Dan lagi jelas tidak masuk aqal apabila dikatakan "perselisihan itu rahmat" maka sudah pasti "bersatu padu itu adalah kecelakaan". Sesiapapun yang beraqal sempurna pasti tidak menyatakan demikian.
- Perselisihan inilah yang telah menjadikan ummat Islam pada hari ini hilang kemuliaan dan kekuatan. Perselisihan dalam pelbagai jurusan samada aqidah, mazhab, politik, pemikiran dan lain-lain telah menghumban ummat kedalam "lubang" yang cukup dalam, yang melemaskan sesiapa sahaja termasuk golongan agamawan.
- Sekiranya perselisihan antara ummat itu satu rahmat sudah pasti Allah SWT tidak memerintahkan supaya kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sedangkan ia adalah sebaliknya, sebagaimana firmanNya didalam Surah an-Nisaa-k ayat 59:
فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله والرسول
Maksudnya: Maka sekiranya kamu berselisih didalam sesuatu perkara maka kembalikan kepada Allah dan Rasul (al-Quran dan as-Sunnah).
Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri
Daftar Rujukan:
1) Kasf al-Khafak, Ismaa-'il bin Muhammad al-'Ajluu-ni.
2) Asna al-Mathoo-lib, Muhammad bin Darwish al-Huu-t.
3) as-Shazarah, Muhammad bin Thuu-luun as-Shoo-lihi.
4) Dho'ief al-Jaa-mi' as-Shoghii-r, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.
5) Silsilah al-Ahaa-dith ad-Dho'iefah Wa al-Maudhuu-'ah, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.
0 comments:
Post a Comment