AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN – Siri 1
>> Tuesday, December 1, 2009
TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN – Siri 1
Oleh: Dr. Zakir Naik
SIPNOSIS
Dr. Zakir Naik, lahir 18 Oktober 1965, berkelayakan Doktor Perubatan, adalah seorang pensyarah terkemuka antarabangsa mengenai Islam dan Perbandingan Agama. (Lawati laman web beliau di sini).
Beliau mengemukakan pendapat dan mengungkai salah-tanggap mengenai Islam berdasarkan Al-Qur’an & Hadis-hadis Sahih dengan di sokong hujah-hujah alasan, logik dan fakta saintifik.
Dalam bukunya Al-Qur’an Dan Sains Moden, beliau telah menganalisis bagaimana ayat-ayat Al-Qur’an yang diturunkan 1400 tahun yang lalu telah menjelaskan bukti-bukti saintifik, yang mana mempunyai persamaan/konsisten dengan penemuan fakta-fakta saintifisik yang diiktiraf dalam bidang astronomi, fizik,geografi,geologi, oceonologi, biologi, botani, zoology, perubatan,fisiologi,embriologi,dan sains am, yang hanya ditemui beberapa abad yang lalu.
Ini membuktikan kebenaran Al-Qur’an, diiturunkan Allah kepada RasulNya Muhammad SAW, sebagai petunjuk kepada seluruh manusia dalam kehidupan mereka, agar mereka menyedari tujuan sebenar keujudan mereka di dunia ini: mengEsakan Allah. Al-Qur’an itu wahyu Allah, Maha Pencipta dan Maha Pemelihara alam semesta ini. - Abu Aiman
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
(Qur’an & Modern Science – Compatible Or Incompatible)
Oleh Dr. Zakir Naik – Islamic Research Foundation
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasehani
PENGENALAN
Sesungguhnya sejak mula adanya kehidupan manusia di muka bumi , mereka sentiasa mencari untuk memahami kejadian alam ini dari aspek Penciptanya dan matlamat kehidupan manusia itu sendiri. Dalam pencarian kebenaran ini, yang menjangkau beberapa abad dan pelbagai tamadun, agama telah membentuk kehidupan manusia serta sejarah tamadun mereka. Sebahagian dari agama-agama ini berdasarkan buku/kitab yang dipercayai oleh penganut-penganutnya diilhamkan dari Pencipta alam ini, manakala yang lain hanya berdasarkan kepada pengalaman manusia itu sendiri.
Al-Qur’an , teras utama kepada agama Islam, diyakini muslim datangnya dari Allah, Pencipta alam ini.Muslim mempercayai kitab ini sebagai panduan kehidupan untuk seluruh manusia. Oleh kerana kandungan Al-Qur’an ini diyakini untuk semua masa, ianya mesti relevan bagi setiap zaman. Adakah Al-Qur’an dapat melepasi ujian ini?. Dalam buku ini penulis akan memberikan analisis secara objektif ke atas keyakinan Muslim bahawa Al-Qur’an ini datangnya dari Pencipta alam ini, berdasarkan penemuan-penemuan saintifik yang telah diiktiraf.
Pada suatu ketika dalam sejarah tamadun manusia, yang mana keajaiban, atau sesuatu yang dianggap ajaib itu, dijadikan panduan mengatasi alasan sebab-musabab dan logik manusia. Tetapi bagaimana kita hendak mendefinisikan apa itu keajaiban? Suatu keajaiban adalah kejadian yang berlaku di luar norma-norma kehidupan yang mana akal manusia tidak dapat menjelaskannya. Walau bagaimanapun kita harus waspada sebelum menerima sesuatu itu sebagai keajaiban. Kemungkinan ianya hanya suatu penipuan atau ilusi.
Suatu kitab yang diyakini datangnya dari Pencipta adalah juga suatu keajaiban. Keyakinan ini harus mudah diuji dan disaring pada mana-mana zaman berdasarkan piawaian yang ada pada zaman tersebut. Muslim mempercayai Al-Qur’an adalah kitab yang terakhir diturunkan Allah, suatu keajaiban yang menjadi rahmat kepada kehidupan manusia. Oleh itu mari kita siasat kebenaran keyakinan ini.
CABARAN AL-QUR’AN
Penulisan dan sya’ir telah menjadi perantara penyataan dan kreativiti manusia dalam semua budaya. Dunia telah menyaksikan suatu zaman di mana penulisan dan syair menjadi kebanggaan, sama seperti kedudukan sains dan teknologi pada masa sekarang. Muslim dan bukan-Muslim mengakui Al-Qur’an adalah suatu penulisan Arab yang sangat hebat, Ianya adalah penulisan Arab paling terbaik di muka bumi ini. Al-Qur’an mencabar manusia dalam ayat yang berikut:
وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُواشُهَدَاءكُم مِّن دُونِ اللّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan kalau kamu menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami(Muhammad), maka cubalah datangkan satu surah yang sebanding dengan Al-Qur’an itu dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah jika kamu orang yang benar.(Al-Baqarah :23)
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ وَلَن تَفْعَلُواْ فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya: manusia dan batu-batu (berhala), yang disediakan untuk orang kafir.(Al-Baqarah:24)
Cabaran Al-Qur’an adalah untuk manusia membuat satu surah sama seperti surah-surah yang terkandung di dalamnya. Cabaran yang sama di ulang dalam Al-Qur’an beberapa kali..Cabaran untuk membuat satu surah yang lengkap, penuh makna dan seindah sama seperti Surah Al-Qur’an itu hingga sekarang masih belum tercapai oleh manusia.
Seorang manusia moden yang rasional tidak akan menerima satu catatan agama yang menyatakan bahawa dunia ini rata. walaupun dalam bahasa syair yang terbaik.Ini kerana kita hidup di zaman yang mana sebab-musabab, logik dan sains itu diberikan keutamaan.Tidak ramai yang menerima bahawa bahasa yang terindah dalam Al_Qur’an itu sebagai bukti ianya datang dari Pencipta. Mana-mana catatan yang dikatakan datangnya dari Pencipta harus diterima berdasarkan kekuatan sebab-musabab dan logiknya yang tersendiri.
Mengikut seorang ahli Fizik yang terkenal dan pemenang Hadiah Nobel, Albert Einstein, “Sains tanpa agama adalah lemah. Agama tanpa sains adalah buta.”. Oleh itu mari kita kaji Al-Qur’an, dan menganalisis sama ada Al-Qur’an dan Sains Moden mempunyai kesesuaian atau tidak?.
Al-Qur’an bukannya buku sains, tetapi ia adalah kitab petunjuk iaitu ayat.Terdapat lebih daripada enam ribu petunjuk dalam Al-Qur’an, yang mana lebih dari seribu petunjuk berkaitan dengan sains.
Kita semua tahu beberapa kali sains mengalami perubahan kebelakang (u-turn). Dalam buku ini penulis hanya mengambil fakta-fakta saintifik yang diiktiraf sahaja, bukannya hipotesis dan teori yang berasaskan andaian dan tidak disokong dengan bukti.
0 comments:
Post a Comment