وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa (al-an'Aam 6:153)

AL-QUR'AN DAN SAINS MODEN - Siri 8

>> Tuesday, January 5, 2010

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh : Zakir Naik

V. OCEANOLOGI (ILMU KAJILAUT)

KEGELAPAN DI DASAR LAUT DALAM

Prof. Durga Rao, seorang pakar dalam bidang Geologi Marin dan bekas professor di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah, telah di minta memberi pendapatnya mengenai ayat Al-Qur’an dalam surah yang berikut:

أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُّجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ

Atau (keadaan orang-orang kafir ) seperti kegelapan di dalam lautan yang dalam (yang) menutupinya ombak/gelombang, dari atasnya (lagi) ombak/gelombang, dari atasnya (lagi) awan ( gelap), kegelapan-kegelapan sebahagiannya di atas sebahagian yang lain (kegelapan berlapis-lapis), jika dia mengeluarkan tangannya maka hampir tidak dia melihatnya, dan siapa yang tidak Allah memberikan padanya cahaya maka tidak ada baginya sedikit pun cahaya. ( An-Nuur : 40)

Prof. Rao menyatakan bahawa hanya para saintis pada masakini dengan bantuan peralatan moden dapat mengesahkan bahawa adanya kegelapan di dasar laut. Manusia tidak boleh menyelam di dasar laut tanpa bantuan peralatan pada kedalaman melebehi 20-30 meter, dan tidak boleh hidup di kawasan dasar laut pada kedalaman melebehi 200 meter. Ayat di atas tidak merujuk kepada kepada semua lautan kerana tidak semua lautan di dapati mempunyai lapisan-lapisan tahap kegelapan. Ayat ini merujuk khusus kepada lautan dalam, seperti mana yang disebut oleh ayat ini : “kegelapan di lautan dalam yang luas.” Lapisan kegelapan di lautan dalam ini terjadi akibat dari 2 sebab:

1. Satu sinaran cahaya terdiri daripada 7 jalur warna, iaitu ungu, biru nila (gelap), biru, hijau, kuning, oren dan merah (VIBGYOR). Sinaran cahaya ini akan mengalami pembiasan/pemantulan apabila ianya mengenai air. Lapisan air 10-15 meter teratas akan menyerap warna merah. Oleh itu jika seorang penyelam menyelam sedalam 25 meter ke bawah laut dan terluka, ia tidak akan dapat melihat warna merah darahnya, kerana sinar warna merah ini tidak dapat menembusi kedalaman ini. Begitu juga sinar warna oren akan diserap pada kedalaman 50-100 meter, hijau pada kedalaman 100-200 meter, biru pada kedalaman melebehi 200 meter, sinar ungu dan biru nila pada kedalaman melebehi dari lapisan tersebut Akibat dari kehilangan berperingkat sinar warna ini, dari satu lapisan ke lapisan yang lain, lautan menjadi bertambah gelap secara berperingkat. Kegelapan bertambah mengikut lapisan penyerapan sinar warna. Di bawah kedalaman 1000 meter , ianya menjadi gelap-gulita.

2. Sinaran matahari diserap oleh kepulan awan, yang mana ia membias/memantulkan sinaran cahaya mengakibatkan lapisan gelap di bawah awan. Ini merupakan lapisan pertama kegelapan. Apabila sinaran cahaya ini sampai ke permukaan laut, ianya dibiaskan/dipantul oleh permukaan ombak menyebabkab adanya cahaya kilauan pada permukaan air. Oleh itu ombak membias/memantulkan cahaya dan mengakibatkan kegelapan. Sinar cahaya yang tidak dipantul akan menembusi ke dalam lautan. Oleh itu lautan mempunyai dua bahagian, iaitu permukaan laut yang bercirikan cahaya dan kepanasan, dan laut dalam yang bercirikan kegelapan. Permukaannya pula dipisahkan daripada bahagian dalamnya oleh ombak.

Ombak dalaman menutupi air dalam di bahagian bawah lautan kerana air di bahagian dalam ini mempunyai kepadatan yang lebih tinggi berbanding dengan air di bahagian atasnya.

Kegelapan bermula di bawah ombak dalaman, sehinggakan ikan-ikan di bahagian air dalam ini tidak dapat melihat; sumber cahaya bagi mereka adalah dari tubuh ikan-ikan itu sendiri.

Ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Al-Qur’an:

“Kegelapan di dalam lautan dalam yang meluas, ditutupi ombak-ombak, yang di atasnya lagi ditutupi ombak-ombak”.

Dengan lain perkataan, di atas ombak ini ada lebih banyak jenis ombak, iaitu yang terdapat di permukaan lautan. Al-Qur’an menyatakan lagi, “di atasnya ditutupi awan (gelap), kegelapan yang berlapis-lapis, satu di atas yang lain”.

Awan-awan ini adalah lapisan–lapisan penghadang , satu di atas yang lain, yang seterusnya menyebabkan kegelapan akibat penyerapan warna-warna pada peringkat-peringkat yang berbeda.

Prof. Durga menyimpulkan dengan menyatakan: “Pada 1400 tahun yang lalu, seorang manusia biasa tidak dapat menerangkan fenomena ini dengan begitu terperinci. Oleh itu keterangan ini semestinya datang dari suatu sumber yang luarbiasa”.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP