HADITH-HADITH LEMAH DAN PALSU - 6
>> Tuesday, December 22, 2009
MEMBACA SURAH (( يس )) DIKUBUR
مَنْ زَارَ قَبْرَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدِهِمَا يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَرَأَ ((يس)) غُفِرَ لَهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang menziarahi kubur kedua-dua ibubapanya atau salah seorang dari kedua-duanya pada hari Jumaat lalu membaca surah Yaa-sin diampun baginya (dosanya).
1) Periwayat-periwayat Hadith:
- Ibnu 'Adi
- Abu Nu'aim
- Abdul Ghani al-Maqdisi
3) Darjat Hadith:
- Palsu
3) Sebabnya:
Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Amar bin Ziyaa-d Abu al-Hasan at-Thaubaa-ni:
- Kata Ibnu 'Adi: Ia mencuri hadith dari perawi-perawi kepercayaan ("Mencuri hadith" ini adalah lafaz kritikan yang menunjukkan kecacatan yang teruk mengiringi "pembohong" dan "pemalsu hadith").
- Kata Ibnu Adi seterusnya: Ia juga membawa hadith-hadith palsu dan ia dituduh memalsukan hadith.
- Kata ad-Daa-ruquthni: Ia memalsukan hadith.
- Menurut az-Zahabi dan Ibnu Hajar: Amar bin Ziyaa-d at-Thaubaa-ni ini juga adalah Amar bin Ziyaa-d al-Baa-hili (Dengan maksud ia adalah individu yang sama). Kata Abu Haa-tim: Amar bin Ziyaa-d al-Baa-hili ini adalah pendusta lagi pembohong, ia memalsukan hadith.
- Ibnu al-Jauzi meletakkan hadith ini didalam kitabnya al-Maudhuu-'aat (Hadith-hadith Palsu).
Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri.
Daftar Rujukan:
1) al-Kaa-mil, 'Abdullah bin 'Adi.
2) al-Jarh Wa Ta'dii-l, Abdur Rahman bin Abi Haa-tim ar-Raa-zi.
3) ad-Dhu'afak Wa al-Matruu-kii-n, 'Ali bin Umar ad-Daa-ruquthni.
4) ad-Dhu'afak Wa al-Matruu-kin, Abdur Rahman Ibnu al-Jauzi.
5) Mii-zan al-I'tidal, Syamsuddin az-Zahabi.
6) Lisan al-Mizaa-n, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
7) al-Maudhuu'aat, Abdur Rahman Ibnu al-Jauzi.
8) al-Silsilah ad-Dho'iefah, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.
0 comments:
Post a Comment