Tawaran Istimewa Zulhijjah!
>> Sunday, November 15, 2009
Terdapat banyak keistimewaan Zulhijjah berbanding bulan-bulan yang lain, antaranya:
i) Ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan yang diharamkan berperang (4 bulan yang diharamkan berperang adalah Muharram, Rejab, Zulqaedah & Zulhijjah)
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa" (QS. At Taubah:36)
ii) Ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan Haji (selain Syawal & Zulqaedah)
iii) Disyariatkan ibadah korban padanya iaitu pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) & Hari-hari Taysrik (11, 12 & 13 Zulhijjah)
iv) Disyariatkan berpuasa pada hari-hari 1-9 Zulhijjah. Disebutkan dalam hadith
عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَصُومُ تِسْعَ ذِى الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya (HR. Abu Daud no. 2437. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih)
v) Keutamaan berpuasa pada Hari Arafah (bagi orang yang tidak menunaikan haji) sebagaimana dinyatakan oleh Nabi SAW,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah).
Jadi apa tunggu lagi?
Zulqaedah beransur pergi, Zulhijjah kembali lagi!
0 comments:
Post a Comment