وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa (al-an'Aam 6:153)

AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN - Siri 10

>> Wednesday, January 13, 2010

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh : Zakir Naik

VIII. ZOOLOGI

BINATANG DAN BURUNG HIDUP BERKOMUNITI

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم
Dan tidak (ada) dari (seekor) binatang pun (berjalan) di bumi dan tidak (seekor) burung pun (yang) terbang dengan kedua sayapnya melainkan (mereka ini) umat-umat seperti kalian. (Al-An’aam : 38 )

Kajian penyelidekan telah menunjukkan bahawa binatang-binatang dan burung-burung hidup berkomuniti, iaitu mereka mengatur, dan hidup dan bekerja bersama.

TERBANG PINDAH BURUNG-BURUNG

Al-Qur’an menerangkan mengenai burung-burung yang terbang pada ayat yang berikut:

أَلَمْ يَرَوْاْ إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاء مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ اللّهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Apakah tidak mereka melihat kepada burung-burung (yang) ditundukkan/diterbangkan di angkasa langit, tidak dapat menahan/memegang burung-burung itu kecuali Allah, sungguh pada demikian itu benar-benar (ada) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman ( An-Nahl : 79 )

Keterangan yang sama juga terdapat pada ayat Al-Qur’an yang berikut:

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ
Dan apakah tidak mereka melihat kepada burung-burung di atas mereka yang mengembangkan sayapnya dan yang mengatup sayap sayapnya, tidak dapat menahan mereka kecuali Allah yang Mahaluas kasih sayangNya, sesungguhnya Dia terhadap setiap sesuatu (adalah) Maha Melihat . (Al-Mulk : 19 )

Perkataan Arab amsaka bermaksud dipegang, ditahan atau dikuasai, yang menerangkan bahawa Allah berkuasa ke atas burung-burung. Ayat-ayat ini menjelaskan betapa kuatnya kebergantungan dan kepatuhan kelakuan burung-burung semata-mata mengikuti perintah Allah. Data saintifik moden telah menunjukkan tahap pencapaian kesempurnaan dalam perancangan pergerakan oleh beberapa spesi burung tertentu. Keujudan perancangan perpindahan dalam kod genetik burung-burung ini telah menjelaskan bagaimana anak-anak burung, tanpa sebarang pengalaman terdahulu dan panduan, berjaya mengharungi perjalanan yang jauh dan rumit. Mereka juga berjaya kembali semula ke tempat asal perjalanan mereka pada suatu tarikh yang tertentu.

Prof. Hamburger dalam bukunya ‘Power and Fragility’ memberikan contoh ‘mutton bird’ yang hidup di kawasan Pasifik, membuat perjalanan melebehi 15,000 batu dalam bentuk nombor ‘8’. Burung ini membuat perjalanan dalam tempoh melebehi 6 bulan dan kembali semula ke tempat asal permulaannya dengan kelewatan maksimum selama satu minggu. Arahan paling rumit bagi perjalanan seperti itu perlu ada dalam sel-sel saraf burung-burung tersebut. Mereka tentulah telah diprogram. Tidakkah patut kita merenung siapakah ‘Perancang’nya?


LEBAH

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ . ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً
Dan telah mengilhamkan Tuhan Penciptamu kepada lebah “hendaklah kamu buat di gunung-gunung rumah-rumah (sarang) dan di pohon dan dari apa-apa (tempat) yang manusia bangunkan. Kemudian makanlah (sari) dari tiap-tiap buah-buahan lalu tempuhlah jalan-jalan Tuhan Penciptamu yang telah ditundukkan (dimudahkan bagimu)…” (An-Nahl : 68 – 69 )

Von-Frisch telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1973 bagi penyelidekannya mengenai gelagat dan komunikasi lebah. Seekor lebah setelah menemui mana-mana taman atau bunga yang baru akan pulang dan memberitahu lebah-lebah yang lain mengenai arah dan peta tempat yang baru ditemui itu., yang mana dikenali sebagai ‘tarian lebah’ (bee dance). Makna-makna pergerakan-pergerakan serangga ini yang bertujuan menyampaikan maklumat di antara lebah-lebah pekerja (worker bees) telah ditemui secara saintifik dengan menggunakan fotografi dan lain-lain cara. Ayat-ayat Al-Qur’an di atas telah menjelaskan bagaimana lebah dengan kemahiran yang ada padanya menemui jalan luas terbentang dari Tuhannya.

Lebah pekerja atau lebah askar adalah lebah betina. Dalam Surah An-Nahl ayat 68 dan 69, perkataan yang digunakan bagi lebah adalah bagi jantina lebah betina ( fa’asluki dan kuli), dan ia menunjukkan bahawa lebah yang keluar dari sarangnya untuk mencari/mengumpulkan makanan adalah lebah betina. Oleh itu lebah pekerja atau lebah askar sebenarnya adalah lebah betina.

Dalam drama Shakespeare “Henry Keempat” , ada watak yang bercakap tentang lebah dan menyebut bahawa lebah tersebut adalah askar dan mereka mempunyai Raja. Mereka menganggap lebah pekerja adalah lebah jantan dan mereka kembali ke sarang dan bertanggungjawab kepada raja lebah.Tanggapan ini adalah salah. Lebah pekerja sebenarnya adalah lebah betina dan mereka tidak bertanggungjawab kepada raja lebah, sebaliknya kepada permaisuri lebah. Tetapi hanya penyelidekan moden pada 300 tahun yang lepas dapat menemui fakta ini.

Read more...

AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN - Siri 9

>> Saturday, January 9, 2010

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh : Zakir Naik

VI. BIOLOGI

SETIAP HIDUPAN DIJADIKAN DARI AIR

Cuba perhatikan ayat Al-Qur’an yang berikut:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُون

Adakah tidak melihat orang-orang yang kafir bahwasanya langit dan bumi keduanya dahulu menyatu lalu Kami belah keduanya, dan Kami jadikan dari air tiap-tiap sesuatu yang hidup maka apakah tidak mereka beriman? (Al_Anbiyaa’: 30)

Hanya selepas adanya peningkatan dalam kemajuan sains kita dapat mengetahui bahawa sitoplasma (cytoplasm) , iaitu bahan asas sesuatu sel itu mengandungi 80% air. Penyelidekan moden juga mendapati kebanyakan organisma terdiri dari 50%-90% air dan setiap entiti hidup memerlukan air di dalam kehidupannya.
Adakah mungkin manusia pada 14 abad yang lalu dapat menyangka bahawa setiap benda hidup dijadikan dari air? Malah adakah sangkaan begini dapat dibayangkan oleh seorang manusia di tengah-tengah padang pasir negeri Arab di mana kawasan ini selalu mengalami kekurangan air?
Ayat Al-Qur’an yang berikut menerangkan kejadian binatang-binatang daripada air:

وَاللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِن مَّاء

Dan Allah telah menciptakan tiap-tiap makhluk melata dari air. (An-Nuur : 45)

Ayat berikut pula menerangkan kejadian manusia daripada air:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاء بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا

Dan Dialah yang menciptakan dari air akan manusia lalu Dia menjadikan nasab/keturunan dan hubungan pernikahan dan adalah Tuhan Pencipta kamu yang Maha Kuasa (Al-Furqaan : 54)


VII. BOTANI

TUMBUH-TUMBUHAN DICIPTAKAN BERPASANGAN, JANTAN & BETINA

Pada masa dahulu manusia tidak mengetahui bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai perbedaan jantina yang jelas antara jantan dan betina. Ilmu Botani menjelaskan bahawa setiap tumbuhan mempunyai jantina jantan dan betina. Malah tumbuhan yang mempunyai kedua jantina bersekali (unisexual), mempunyai kedua-dua elemen-elemen yang jelas perbedaannya antara jantan dan betina.

وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّن نَّبَاتٍ شَتَّى

Dan Dia telah menurunkan dari langit air maka Kami keluarkan dengannya berpasang-pasangan dari tumbuh-tumbuhan yang beraneka ragam (warna dan rasa) ( Thaahaa : 53 )

BUAH-BUAHAN DICIPTAKAN BERPASANGAN, JANTAN & BETINA

وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ

Dan dari segala buah-buahan Dia menjadikan padanya berpasang-pasang dua..( Ar-Ra’d : 3 )

Buah adalah produk terakhir dari sistem pembiakan tumbuh-tumbuhan berperingkat tinggi. Peringkat sebelum menjadi buah adalah bunga, yang mempunyai organ jantan dan betina (benangsari dan ovula), Apabila debunga di bawa ke bunga, ia menjadi buah, yang mana buah ini akan ranum dan membebaskan bijinya. Oleh itu semua buah-buahan menunjukkan adanya organ jantan dan betina; sepertimana fakta yang diterangkan dalam Al-Qur’an.

Dalam spesi-soesi tertentu, buah boleh terjadi dari bunga yang tak disenyawakan (buah dari jenis parthenocarpic), contohnya pisang, sebahagian jenis nenas, buah teen, oren, anggur, dll. Jenis-jenis ini juga mempunyai cirri-ciri jantina jelas/pasti.

SEMUANYA DICIPTA BERPASANGAN

وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)

Ayat ini merujuk kepada benda-benda selain dari manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia mungkin juga merujuk kepada fenomena seperti kuasa elektrik di mana atom yang mengandungi elektron dan proton, yang masing-masing mempunyai caj negative dan positif.

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Zat yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya dari apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri-diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka ketahui. (Yaasiin : 36 )

Di sini Al-Qur’an menyatakan bahawa setiap sesuatu itu diciptakan berpasangan, termasuk benda-benda yang masakini masih belum diketahui oleh manusia, dan yang mungkin ditemui kemudian hari.

Read more...

ZIKIR APABILA DITIMPA KESEDIHAN/KEDUKAAN

>> Friday, January 8, 2010

Dari Anas bin Maa-lik RA katanya: Adalah Nabi SAW apabila ditimpa kesedihan/kedukaan pada suatu perkara menyebut:


يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ


Maksudnya: Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri (dalam mengurus makhluk-makhlukNya) dengan rahmatMu aku mohon pertolongan (Hadith riwayat at-Tirmizi, Ibnu as-Sunni)

·         Keterangan:  إِسْتِغَاثَة  (istighaa-thah –  memohon pertolongan) dalam hadith diatas bermaksud meminta pertolongan untuk diselamatkan.


Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri

Read more...

HADITH-HADITH LEMAH DAN PALSU - 8

>> Wednesday, January 6, 2010

TIDAK MENZIARAHI NABI MUHAMMAD SAW SEMASA MENGERJAKAN HAJI

مَنْ حَجَّ وَلَمْ يَزُرْنِي فَقَدْ جَفَانِي

Maksudnya: Barangsiapa mengerjakan haji dan ia tidak menziarahiku maka sesungguhnya ia telah menjauhkan dirinya dariku.

1) Periwayat-periwayat Hadith:

-     Ibnu 'Adi
-     Ibnu Hibbaa-n
-     ad-Daa-ruquthni

2) Darjat Hadith:

-     Palsu

3) Sebab-sebabnya:

Didalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang bermasalah:

1) Muhammad bin Muhammad bin an-Nu'maa-n:

-    Kata ad-Daa-ruquthni: Kecelaan hadith ini datangnya dari Muhammad bin Muhammad bin an-Nu'man.
-     Kerana itu ad-Daa-ruquthni menuduhnya sebagai pembohong.
-     Kata Ibnu Hajar. Ia seorang yang matruk (Ditinggalkan hadithnya).

2) an-Nu'maa-n bin Syibl al-Baa-hili (Datuk kepada Muhammad bin Muhammad):

-     Kata Musa bin Haa-run (Beliau adalah murid kepada Imam Ahmad bin Hanbal dan guru kepada Imam at-Thobaraa-ni): Ia dituduh berdusta.
-    Kata Ibnu Hibbaa-n: Ia membawa dari perawi-perawi yang kepercayaan hadith yang huru hara/tidak tentu arah dan dari perawi-perawi yang teguh hadith yang terbalik-balik.

Ibnu al-Jauzi meletakkan hadith ini didalam kitabnya al-Maudhuu-'aat (Hadith-hadith palsu).

Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri

Daftar Rujukan:

1) al-Maudhuu-'aat, Abdur Rahman Ibnu al-Jauzi.
2) Mii-zaa-n al-I'tidal, Syamsuddin az-Zahabi.
3) Siyar A'Lam an-Nubalaa-k, Syamsuddin az-Zahabi.
4) Taqrii-b at-Tahzii-b, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
5) Tahzii-b at-Tahzii-b, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
6) Lisaa-n al-Mii-zaa-n, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
7) ad-Durar al-Muntatharah, Jalaluddin as-Suyuthi.
8) as-Silsilah ad-Dho'iefah, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.

Read more...

TANDA-TANDA MATI BAIK (HUSNUL KHAA-TIMAH) - Bhg. 2

>> Tuesday, January 5, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Samb. dari Bhg. 1

Keempatbelas: Mati kerana mempertahankan harta (kerana cuba di rampas).
Kelimabelas: Mati kerana mempertahankan Agama.
Keenambelas: Mati kerana mempertahankan jiwa/nyawa (sendiri atau ahli keluarga). Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasaa-i:

مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid, barangsiapa yang mati kerana mempertahankan Agamanya maka dia syahid, barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid dan barangsiapa yang mati kerana mempertahankan ahli keluarganya dia syahid.


Ketujuhbelas: Mati ketika berkawal/bertugas fisabilillah. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, al-Haa-kim, at-Thobaraa-ni:

رِبَاطُ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ خَيْرٌ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ وَإِنْ مَاتَ جَرَى عَلَيْهِ عَمَلُهُ الَّذِي كَانَ يَعْمَلُهُ وَأُجْرِيَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ وَأَمِنَ اْلفَنَّانَ

Maksudnya: Berkawal/bertugas sehari semalam (dalam riwayat Ahmad dan An-Nasai: pada jalan Allah) lebih baik daripada berpuasa sebulan dan mendirikan malamnya. Sekiranya ia mati, mengalir (berterusan) kepadanya pahala amalan yang telah dikerjakannya, berterusan rezekinya kepadanya dan ia aman (selamat) dari fitnah (disoal) malaikat Al-Munkar dan An-Nakir.


Kelapanbelas: Mati ketika mengerjakan amalan soleh. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad:

مَنْ قَالَ " لا إله إلا الله " ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa mengucapkan "لا إله إلا الله" kerana mengharapkan Wajah Allah (ikhlas semata-mata kerana Allah) lalu dimatikan ia dengannya, ia masuk syurga. Barangsiapa berpuasa sehari kerana mengharapkan Wajah Allah lalu dimatikan ia dengannya, ia masuk syurga. Dan barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah kerana mengharapkan Wajah Allah lalu dimatikan ia dengannya, ia masuk syurga.


Kesembilanbelas: Mati di al-Madinah (kota tempat hijrah Nabi SAW). Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n:

مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَمُوْتَ بِالْمَدِيْنَةِ فَلْيَمُتْ بِالْمَدِيْنَةِ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا

Maksudnya: Barangsiapa dikalangan kamu yang mampu/dapat mati di Al-Madinah maka hendaklah ia mati di al-Madinah kerana sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati disitu.


Keduapuluh: Mati dibunuh oleh pemerintah yang zalim kerana berkata benar kepada mereka. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat al-Haa-kim:

سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَرَجُلٌ قَامَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ

Maksudnya: Penghulu orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah bin Abdul Muttholib dan lelaki yang berdiri kepada imam/pemerintah yang zalim maka ia menyuruh dan menegahnya (pemerintah) lalu ia dibunuh.

Keterangan: Lelaki yang dibunuh oleh pemerintah yang zalim tadi tergolong didalam golongan penghulu orang-orang yang mati syahid sama seperti Hamzah RA.


SISIPAN:
Disamping memberi perhatian kepada tanda-tanda husnul-khaatimah, juga perlu diambil peringatan tentang perkara-perkara yang perlu ada pada diri seseorang ketika hampir mati. Terdapat 4 perkara, yaitu:

Pertama: Sabar atas ketetapan Allah yang menimpanya. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Muslim, al-Baihaqi yang menyebut mengenai orang beriman:

وَإِنْ أَصَابَهُ ضَرَّاء ُصَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Maksudnya: Dan sekiranya ia ditimpa kesukaran, ia bersabar maka itu adalah baik baginya.

Kedua: Harap ( الرَّجَاءُ). Maksudnya mengharapkan rahmat Allah.
Ketiga: Takut ( الْخَوْفُ). Maksudnya takut akan azab Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kedua-dua perkara ini berdasarkan hadith riwayat at-Tirmizi, Ibnu Maa-jah dari Anas RA yang menceritakan:


أَنَّ النَّبِيَّ (ص) دَخَلَ عَلَى شَابٍّ وَهُوَ بِالْمَوْتِ فَقَالَ: كَيْفَ تَجِدُكَ؟ قَالَ: وَاللهِ يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنِّي أَرْجُو الله َوَإِنِّي أَخَافُ ذُنُوْبِي. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ (ص): لاَ يَجْتَمِعَانِ فِي قَلْبِ عَبْدٍ فِي مِثْلِ هَذَا الْمَوْطِنِ إِلاَّ أَعْطَاهُ الله ُمَا يَرْجُو وَآمَنَهُ مِمَّا يَخَافُ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW masuk keatas seorang pemuda yang sedang hampir mati lalu bersabda: Bagaimana kamu rasai? Jawabnya: Demi Allah ya Rasulullah, sesungguhnya aku mengharapkan (rahmat) Allah dan sesungguhnya aku takut akan dosa-dosaku. Maka Rasulullah SAW bersabda: Tidak berhimpun dua perkara ini (harap dan takut) didalam hati seorang hamba seperti dalam keadaan seperti ini kecuali Allah berikan apa yang ia harapkan dan memberi keamanan dari apa yang ia takuti.

Keempat: Bersangka baik terhadap Allah. Maksudnya Allah pasti mengasihi, merahmati, mengampuni kita. Ini berdasarkan perkhabaran dari Jabir RA yang mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda tiga hari sebelum kewafatan Baginda sebagaimana hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Ibnu Maa-jah:

لاَ يَمُوْتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ بِاللهِ

Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu mati melainkan hendaklah ia bersangka baik terhadap Allah.

Itulah empat perkara penting yang mesti wujud didalam diri seseorang ketika berada dipenghujung kehidupan ini. Sedarilah bahawa mati adalah "berpindah alam" yang berhajat kepada aqidah serta keimanan yang benar dan amalan soleh yang banyak sebagai bekalan untuk kealam seterusnya.


Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri


Daftar Rujukan:

1) Al-Quran dan terjemahannya.
2) Kitab-kitab Hadith yang disebut periwayatannya diatas.
3) Syarah Soheh Muslim, Yahya bin Syaraf an-Nawawi.
4) Ahkam al-Janaa-iz, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.

Read more...

AL-QUR'AN DAN SAINS MODEN - Siri 8

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh : Zakir Naik

V. OCEANOLOGI (ILMU KAJILAUT)

KEGELAPAN DI DASAR LAUT DALAM

Prof. Durga Rao, seorang pakar dalam bidang Geologi Marin dan bekas professor di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah, telah di minta memberi pendapatnya mengenai ayat Al-Qur’an dalam surah yang berikut:

أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُّجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ

Atau (keadaan orang-orang kafir ) seperti kegelapan di dalam lautan yang dalam (yang) menutupinya ombak/gelombang, dari atasnya (lagi) ombak/gelombang, dari atasnya (lagi) awan ( gelap), kegelapan-kegelapan sebahagiannya di atas sebahagian yang lain (kegelapan berlapis-lapis), jika dia mengeluarkan tangannya maka hampir tidak dia melihatnya, dan siapa yang tidak Allah memberikan padanya cahaya maka tidak ada baginya sedikit pun cahaya. ( An-Nuur : 40)

Prof. Rao menyatakan bahawa hanya para saintis pada masakini dengan bantuan peralatan moden dapat mengesahkan bahawa adanya kegelapan di dasar laut. Manusia tidak boleh menyelam di dasar laut tanpa bantuan peralatan pada kedalaman melebehi 20-30 meter, dan tidak boleh hidup di kawasan dasar laut pada kedalaman melebehi 200 meter. Ayat di atas tidak merujuk kepada kepada semua lautan kerana tidak semua lautan di dapati mempunyai lapisan-lapisan tahap kegelapan. Ayat ini merujuk khusus kepada lautan dalam, seperti mana yang disebut oleh ayat ini : “kegelapan di lautan dalam yang luas.” Lapisan kegelapan di lautan dalam ini terjadi akibat dari 2 sebab:

1. Satu sinaran cahaya terdiri daripada 7 jalur warna, iaitu ungu, biru nila (gelap), biru, hijau, kuning, oren dan merah (VIBGYOR). Sinaran cahaya ini akan mengalami pembiasan/pemantulan apabila ianya mengenai air. Lapisan air 10-15 meter teratas akan menyerap warna merah. Oleh itu jika seorang penyelam menyelam sedalam 25 meter ke bawah laut dan terluka, ia tidak akan dapat melihat warna merah darahnya, kerana sinar warna merah ini tidak dapat menembusi kedalaman ini. Begitu juga sinar warna oren akan diserap pada kedalaman 50-100 meter, hijau pada kedalaman 100-200 meter, biru pada kedalaman melebehi 200 meter, sinar ungu dan biru nila pada kedalaman melebehi dari lapisan tersebut Akibat dari kehilangan berperingkat sinar warna ini, dari satu lapisan ke lapisan yang lain, lautan menjadi bertambah gelap secara berperingkat. Kegelapan bertambah mengikut lapisan penyerapan sinar warna. Di bawah kedalaman 1000 meter , ianya menjadi gelap-gulita.

2. Sinaran matahari diserap oleh kepulan awan, yang mana ia membias/memantulkan sinaran cahaya mengakibatkan lapisan gelap di bawah awan. Ini merupakan lapisan pertama kegelapan. Apabila sinaran cahaya ini sampai ke permukaan laut, ianya dibiaskan/dipantul oleh permukaan ombak menyebabkab adanya cahaya kilauan pada permukaan air. Oleh itu ombak membias/memantulkan cahaya dan mengakibatkan kegelapan. Sinar cahaya yang tidak dipantul akan menembusi ke dalam lautan. Oleh itu lautan mempunyai dua bahagian, iaitu permukaan laut yang bercirikan cahaya dan kepanasan, dan laut dalam yang bercirikan kegelapan. Permukaannya pula dipisahkan daripada bahagian dalamnya oleh ombak.

Ombak dalaman menutupi air dalam di bahagian bawah lautan kerana air di bahagian dalam ini mempunyai kepadatan yang lebih tinggi berbanding dengan air di bahagian atasnya.

Kegelapan bermula di bawah ombak dalaman, sehinggakan ikan-ikan di bahagian air dalam ini tidak dapat melihat; sumber cahaya bagi mereka adalah dari tubuh ikan-ikan itu sendiri.

Ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Al-Qur’an:

“Kegelapan di dalam lautan dalam yang meluas, ditutupi ombak-ombak, yang di atasnya lagi ditutupi ombak-ombak”.

Dengan lain perkataan, di atas ombak ini ada lebih banyak jenis ombak, iaitu yang terdapat di permukaan lautan. Al-Qur’an menyatakan lagi, “di atasnya ditutupi awan (gelap), kegelapan yang berlapis-lapis, satu di atas yang lain”.

Awan-awan ini adalah lapisan–lapisan penghadang , satu di atas yang lain, yang seterusnya menyebabkan kegelapan akibat penyerapan warna-warna pada peringkat-peringkat yang berbeda.

Prof. Durga menyimpulkan dengan menyatakan: “Pada 1400 tahun yang lalu, seorang manusia biasa tidak dapat menerangkan fenomena ini dengan begitu terperinci. Oleh itu keterangan ini semestinya datang dari suatu sumber yang luarbiasa”.

Read more...

TANDA-TANDA MATI BAIK (HUSNUL KHAA-TIMAH) - Bhg. 1

>> Saturday, January 2, 2010


بسم الله الرحمن الرحيم


Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Mengetahui ada menzahirkan tanda-tanda husnul khaa-timah keatas hamba-hambaNya yang beriman, berbuat kebajikan dan beramal soleh sebelum meninggalkan dunia ini. Tanda-tanda ini merupakan suatu kemuliaan daripada Allah SWT kepada simati sebagai sebahagian dari limpah kurniaNya keatas hamba-hambaNya yang beriman.

Juga sebagai khabar gembira kepada keluarga simati bahawa orang tersayang yang telah kembali bertemu Penciptanya dikurniakan "tanda kebaikan" dalam kesudahan terakhir dari kehidupannya di dunia ini.

Perlu diperjelaskan bahawa jika sekiranya salah satu dari tanda-tanda husnul khaa-timah ini diperolehi oleh orang kafir maka ia adalah secara kebetulan semata-mata. Ini kerana tanda-tanda ini terlalu "mahal harganya" untuk dimiliki oleh mereka yang kufur kepadaNya.

Tanda-tanda tersebut ialah:

Pertama: Dapat mengucap syahadah ketika hampir mati. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Haa-kim:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ " لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُ" دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir ucapannya  لا إله إلا الله  ia dapat masuk syuga.


Kedua: Mati dalam keadaan percikan peluh didahi. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n, al-Haa-kim:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

Maksudnya: Mati orang beriman itu dengan percikan peluh didahi.


Ketiga: Mati pada siang atau malam Jumaat. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ

Maksudnya: Mana-mana orang Islam yang mati pada siang hari Jumaat atau malam Jumaat nescaya Allah menyelamatkannya dari fitnah (soal dan azab) kubur.


Keempat: Mati syahid dimedan perang fisabilillah (pada jalan Allah). Firman Allah SWT didalam Surah Aalu 'Imran ayat 169-171:

وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ {169} فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ {170} يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ {171}

Maksudnya: Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul mereka bahawa tiada ketakutan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah dan bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman.


Kelima: Mati didalam perjuangan fisabilillah (kerana menegakkan Agama Allah). Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat  Muslim, Ibnu Maa-jah:

مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (dimedan perang) maka ia mati syahid dan barangsiapa yang mati pada jalan Allah maka ia mati syahid.


Keenam: Mati kerana sakit taun.
Ketujuh: Mati lemas.
Kelapan: Mati sakit paru-paru.
Kesembilan: Mati kerana sakit perut.
Kesepuluh: Mati terbakar.
Kesebelas: Mati dihempap benda keras.
Keduabelas: Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Maa-lik, Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa-i, Ibnu Hibbaa-n:

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيْلِ اللهِ: الْمَطْعُوْنُ شَهِيْدٌ وَاْلغَرِقُ شَهِيْدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ اْلجَنْبِ شَهِيْدٌ وَالْمَبْطُوْنُ شَهِيْدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيْقِ شَهِيْدٌ وَالَّذِي يَمُوْتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيْدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوْتُ بِجُمْعٍ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Orang yang mati syahid selain mati terbunuh pada jalan Allah (di medan perang) ada tujuh:
1)      Mati sakit taun adalah syahid.
2)      Mati lemas adalah syahid.
3)      Mati sakit paru-paru adalah syahid.
4)      Mati sakit perut adalah syahid.
5)      Mati terbakar adalah syahid.
6)      Mati dihempap benda keras adalah syahid.
7)      Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya adalah syahid.

Keterangan: Mati syahid terbahagi tiga:
1)      Syahid dunia dan akhirat (yaitu sesiapa yang mati dimedan perang menentang orang-orang kafir).
2)      Syahid dunia (yaitu sesiapa yang mati dimedan perang tetapi ia berperang dengan niat yang tidak ikhlas - seperti berperang kerana hendak tunjuk berani, mahukan harta rampasan perang - atau ia mengkhianati harta rampasan perang atau ia lari dari medan perang).
3)      Syahid akhirat (yaitu sesiapa yang mati selain mati di medan perang menentang orang-orang kafir yang di sebut secara khusus oleh Nabi Muhammad SAW seperti mati kerana sakit taun dan lain-lain di atas).

Bagi sesiapa yang mati syahid akhirat ini mayat mereka dimandi serta disembahyangkan dan diakhirat nanti mereka akan memperolehi pahala orang-orang yang mati syahid – yakni pahala syahid dunia dan akhirat – (Imam An-Nawawi, Syarah Soheh Muslim Jilid 7 mukasurat 72 cetakan Darul Hadith Al-Qaherah, cetakan pertama 1994 M – 1415 H).


Ketigabelas: Mati kerana penyakit batuk kering. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat at-Thobaraa-ni:

..........وَالسِّلُ شَهَادَةٌ

Maksudnya:………..dan mati kerana penyakit batuk kering adalah syahid.


Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri



Daftar Rujukan:

1) Al-Quran dan terjemahannya.
2) Kitab-kitab Hadith yang disebut periwayatannya diatas.
3) Syarah Soheh Muslim, Yahya bin Syaraf an-Nawawi.
4) Ahkam al-Janaa-iz, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.

Read more...

HADITH-HADITH LEMAH DAN PALSU - 7

MEMBACA SURAH (( ((الواقعة SETIAP MALAM

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ ((الواقعة)) كُلَّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أبداً

Maksudnya: Barangsiapa membaca Surah  الواقعة  setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya.

1) Periwayat-periwayat Hadith:

-     Ibnu as-Sunni
-     al-Baihaqi
-     al-Haa-rith bin Abu Usamaa-h

2) Darjat Hadith:

-     Lemah

3) Sebab-sebabnya:

Didalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang dipertikaikan iatu Abu Sujaa' dan Abu Thoibah:

-    Kata az-Zahabi: Abu Sujaa' ini nakirah (bersendirian dalam meriwayatkan hadith yang pelik, menyalahi periwayatan perawi yang kepercayaan), tidak dikenali dan Abu Zhoibah (az-Zahabi memanggil Abu Thoibah dengan nama tersebut) siapa Abu Zhoibah !!!
-    Ucapan az-Zahabi keatas Abu Zhoibah (Abu Thoibah)-"siapa Abu Zhoibah"-  menunjukkan ia adalah perawi yang tidak dikenali.
-     Kemudian sanad hadith ini goncang sebagaimana disebut oleh Ibnu Hajar didalam kitabnya Lisaa-n al-Mii-zaa-n (Jilid 7 mukasurat 681 hingga 685, cetakan kedua Dar Ihyak at-Thuraa-th al-'Arabi, Beirut, Lubnan).
-     Sanadnya goncang kerana jalan periwayatannya ada yang menyebut Sujaa' dan ada yang menyebut Abu Sujaa'. Begitu juga ada yang menyebut  Abu Thoibah dan ada yang menyebut Abu Faa-thimah.

Kemudian hadith dengan lafaz diatas juga diriwayatkan oleh ad-Dailami tetapi ia berdarjat palsu kerana didalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Ahmad bin Umar al-Yamaa-mi:

-     Kata as-Sayuu-thi: Ahmad al-Yamaa-mi adalah pembohong.


Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri


Daftar Rujukan:
1)  Amal al-Yaum Wa al-Lailah, Ibnu as-Sunni.
2)  Mii-zaa-n al-I'tidal, Syamsuddin az-Zahabi.
3)  Lisaa-n al-Mii-zaa-n, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
4)  al-Silsilah ad-Dho'iefah, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.

Read more...

AL-QUR'AN DAN SAINS MODEN - Siri 7

>> Friday, January 1, 2010

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh : Zakir Naik


V.OCEANOLOGI (ILMU KAJILAUT)

PEMISAH ANTARA AIR TAWAR DAN AIR MASIN

Cuba perhatikan ayat Al-Qur’an yang berikut:

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَان. بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Dia mengalirkan dua lautan (air tawar dan air masin) (kemudian) keduanya bertemu. Di antara keduanya (ada) pemisah (yang) tidak keduanya melampaui. (Ar-Rahmaan : 19-20)

Dalam teks Arab, perkataan barzakh bermaksud suatu batasan/sempadan atau pemisah. Sempadan ini bukannya suatu pemisah yang fizikal. Perkataan Arab maraja bermaksud ‘kedua-duanya bertemu dan bersebati antara satu sama lain’. Pentafsir-pentafsir Al-Qur’an terdahulu telah tidak dapat menjelaskan dua maksud yang bertentangan bagi dua badan air ini, iaitu kedua-duanya bertemu dan bersebati, dan pada masa yang sama terdapat suatu pemisah di antara kedua-duanya. Sains moden telah menemui bahawa di tempat-tempat di mana dua lautan berlainan bertemu, terdapat suatu pemisah di antara kedua lautan tersebut. Pemisah ini membahagikan kedua lautan ini supaya setiap lautan tersebut mempunyai suhu, tahap kemasinan dan kepadatannya yang tersendiri. Ahli-ahli oceanologi masakini telah dapat menjelaskan ayat Al-Qur’an di atas. Terdapat pemisah air yang condong yang tidak dapat dilihat di antara dua lautan ini, dan melalui pemisah ini air laut daripada suatu lautan masuk ke lautan yang lain.

Tetapi apabila air daripada suatu lautan masuk ke lautan yang lain, ia kehilangan sifat-sifat tersendirinya dan menjadi sebati dengan air laut yang lain itu. Pemisah ini seolah-olah menjadi suatu kawasan proses sebatian dan perubahan bagi air dari kedua-dua lautan berkenaan.

Fenomena saintifik yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an ini juga telah disahkan oleh Dr. William Hay, seorang saintis marin dan professor sains geologi di Universiti Colorado, Amerika Syarikat.
Al-Qur’an juga telah menjelaskan fenomena dalam ayat yang berikut:

وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا

Dan Dia menjadikan antara dua lautan suatu pemisah…..(An-Naml : 61)

Fenomena ini berlaku di beberapa tempat, termasuk pemisah di antara Laut Meditterranean dan Lautan Atlantik di Gibraltar.

Tetapi apabila Al-Qur’an menerangkan mengenai pemisah di antara air tawar dan air masin, ia menyebut ujudnya suatu hadangan terlarang (forbidding partition) pada pemisah tersebut.

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

Dan Dialah yang mengalirkan berdampingan dua laut, yang ini tawar segar dan yang lain masin pahit dan Dia menjadikan antara keduanya pemisah dan batas yang menghalangi (percampuran keduanya). (Al-Furqaan : 53)

Sains moden telah menemui bahawa di muara-muara, di mana air tawar dan air masin bertemu, situasinya agak berbeda dari apa yang didapati di tempat-tempat di mana dua lautan bertemu. Penemuan ini mendapati apa yang membedakan air tawar dari air masin dalam muara-muara ialah suatu zon ‘pycnocline’ yang mempunyai ketidaksenambungan kepadatan yang sangat ketara yang memisahkan dua lapisan tersebut. Pembatasan ini (zon pemisah) mempunyai tahap kemasinan yang berbeda daripada air tawar dan air masin tersebut.

Fenomena ini berlaku di beberapa tempat, termasuk Mesir, di mana Sungai Nil mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Nota:
Pycnocline adalah zon/lapisan dalam lautan di mana kepadatan air meningkat dengan cepat mengikut kedalaman laut akibat perubahan suhu dan tahap kemasinannya. Pynocline ini cenderong bersaman dengan thermocline dan halocline, dan ia memisahkan zon air permukaan lautan daripada air di dasar laut dalam.

Thermocline adalah zon perubahan suhu yang berlaku dengan cepat di antara air di permukaan laut yang panas dan air yang lebih sejuk mengikut kedalaman lautan.

Halocline adalah zon menegak air lautan di mana perubahan tahap kemasinan berlaku dengan cepat, dan ianya berada di bawah lapisan permukaan air yang tahap kemasinannya lebih merata campurannya.

Read more...

AL-QURAN DAN SAINS MODEN - Siri 6

>> Wednesday, December 30, 2009

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh : Zakir Naik

IV. GEOLOGI (ILMU KAJIBUMI)

GUNUNG-GANANG SEBAGAI PASAK

Dalam bidang geologi, fenomena ‘lipatan’ (folding) adalah satu fakta yang baru ditemui. Fenomena lipatan ini yang menyebabkan terbentuknya banjaran-banjaran pergunungan. Lapisan kerak bumi , yang mana di atasnya kita menjalani kehidupan, adalah umpama lapisan kerangka luar yang padat (solid shell). Manakala lapisan-lapisan yang di bawahnya adalah panas dan berbentuk cecair, dan tidak boleh di diami oleh sebarang kehidupan. Adalah diketahui bahawa kestabilan gunung-ganang berkait rapat dengan fenomena lipatan, yang mana lipatan ini menjadi asas kepada paras tinggi dan paras rendah pergunungan tersebut.

Ahli Geologi menerangkan kepada kita bahawa ukuran jejari bumi kira-kira 3,750 batu, dan lapisan kerak bumi yang kita diami di atasnya ini sangat nipis yang ketebalannya di antara 1 hingga 30 batu. Oleh kerana lapisan kerak ini sangat nipis , kemungkinan baginya untuk mengalami gegaran adalah tinggi. Gunung-ganang bertindak sebagai pasak atau pancang yang mengukuhkan lapisan kerak bumi dan memberikannya kestabilan. Al-Qur’an mengandungi keterangan yang tepat mengenai perkara ini dalam ayat yang berikut:

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا . وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا

Bukankah Kami menjadikan bumi (sebagai) hamparan, dan gunung-ganang (sebagai) pasak ( An-Naba’ : 6 – 7)

Perkataan autad bermaksud pancang atau pasak ( seperti yang digunakan sebagai pengukuh untuk mendirikan khemah), dan ia adalah tunjang asas yang dalam bagi lipatan-lipatan geologi.
Sebuah buku bertajuk “Earth” , menjadi buku rujukan asas mengenai geologi di kebanyakan universiti di dunia. Salah seorang pengarang buku ini iaitu Frank Press, pernah menjadi Presiden Akademi Sains Amerika Syarikat selama 12 tahun dan Penasihat Sains kepada bekas Presiden Amerika Syarikat , Jimmy Carter. Dalam buku ini ia menggambarkan gunung-ganang seperti bentuk baji/penyendal dan gunung-ganang itu sendiri menjadi satu bahagian kecil dari keseluruhannya, yang mana akar-umbinya terbenam jauh ke dalam tanah. Menurut Dr.Press, gunung-ganang memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan lapisan kerak bumi.

Al-Qur’an menerangkan dengan jelas fungsi gunung-ganang dalam mengelakkan bumi dari mengalami gegaran:

وَجَعَلْنَا فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِهِمْ

Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang (yang kukuh) supaya (tidak) (bumi) bergoncang dengan mereka….( Al-Anbiyaa’ : 31)


GUNUNG-GANANG TETAP BERDIRI TEGUH

Permukaan bumi ini di pecahkan kepada banyak kepingan lapisan yang keras/tegar, dengan ketebalan kira-kira 100 km. Kepingan-kepingan lapisan ini terapung di atas suatu bahagian dalam bumi yang berbentuk separa cecair dengan suhu yang sangat tinggi (partially molten region), yang dipanggil sebagai ‘aesthenosphere’.

Pembentukan gunung-ganang berlaku pada bahagian sempadan kepingan lapisan. Lapisan kerak bumi adalah setebal 5km di bawah lautan, kira-kira 35km tebal di bawah permukaan rata benua, dan hampir 80km tebal di bawah banjaran pergunungan yang besar. Ianya menjadi asas yang teguh bagi gunung-ganang. Al-Qur’an menerangkan tentang asas gunung-ganang yang teguh ini dalam ayat yang berikut:

وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا

Dan gunung-ganang Dia mengukuhkannya (An-Naazi’aat : 32)

Keterangan-keterangan yang sama juga terkandung dalam ayat-ayat Al-Qur’an berikut : Al-Ghaasyiyah:19, Luqman:10, dan An-Nahl :15

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP