وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa (al-an'Aam 6:153)

3 TAWARAN ALLAH SWT PADA 1/3 AKHIR MALAM

>> Sunday, November 29, 2009

Setiap muslim yang mu'min sayugianya tidak mensia-siakan 3 tawaran istimewa daripada Allah SWT yang ditawarkan pada setiap 1/3 akhir malam. Tawaran ini dikira istimewa kerana dilihat kepada waktunya yang ditetapkan sendiri oleh Allah SWT.

Perlu kita fahami bahawa Allah SWT dalam menjelaskan sesuatu perkara, hukum dan sebagainya ada menetapkan waktu (seperti 1/3 akhir malam ini), hari (seperti Jumaat), bulan (seperti Ramadhan) dan tempat-tempat tertentu (seperti Mekkah) sebagai menzahirkan keutamaannya untuk diambil perhatian oleh hamba-hambaNya.

Begitulah juga bagi 3 tawaran yang istimewa ini sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith yang diriwayatkan Malik, Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ فَيَقُوْلُ: مَنْ يَدْعُوْنِي فَأَسْتَجِيْبُ لَهُ وَمَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرُ لَهُ

Maksudnya: Tuhan kita Yang Maha Berkat (yang amat melimpah kebaikan dan nikmatNya) lagi Maha Tinggi (kedudukanNya) setiap malam turun ke langit dunia ketika berbaki 1/3 akhir malam dengan berfirman:

1)      Barangsiapa yang berdoa kepadaKu  akan Aku mustajabkan doanya.
2)      Barangsiapa yang meminta kepadaKu akan Aku berikan kepadanya.
3)      Dan barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu akan Aku ampuninya.

Inilah 3 tawaran istimewa setiap malam untuk direbut dengan penuh kesungguhan. Lebih-lebih lagi kalau dilihat kepada sunnah Nabi Muhammad SAW yang memberikan perhatian yang sangat besar kepada waktu tersebut.

Ayuh wahai pecinta-pecinta sunnah Nabi Muhammad SAW, ikutlah Nabi yang membawa petunjuk, perangi hawa nafsu, rebutlah 3 tawaran Allah diatas…………….

Keterangan: Mungkin timbul pertanyaan bagaimana Allah turun kelangit dunia setiap malam seperti hadith diatas? Tidakkah itu menyamakan Allah dengan makhluk? Jawapannya tidak, ini kerana Allah SWT tidak sekali-kali sama dengan makhlukNya sebagaimana firmanNya didalam Surah as-Syura ayat 11:

ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

Maksudnya: Tiada sesuatupun yang sama denganNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Juga firmanNya didalam Surah al-Ikhlas ayat 4:

ولم يكن له كفوا أحد

Maksudnya: Dan tiada sesiapapun yang setara/setanding denganNya.

Jadi apabila kita menyebut Allah turun ke langit dunia: yakni turun dalam keadaan yang layak dengan kebesaran dan keagungan Allah yang tidak sama dengan makhluk. Sebagai contoh untuk diperhatikan umpama firman Allah SWT didalam Surah Thoha ayat 5:

الرحمن على العرش استوى

Maksudnya: Tuhan Yang Maha Pemurah (ar-Rahman) bersemayam diatas 'Arasy.

Menurut "Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran" yang diterbitkan oleh Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri didalam notakakinya menjelaskan mengenai bersemayam dalam ayat diatas:

Allah Ta'ala bersemayam di atas 'Arasy, yakni menurut cara yang layak bagiNya

Inilah jalan yang selamat untuk diikuti dalam memahami sifat-sifat Allah, jalan yang telah ditempuhi oleh generasi salaf dari kalangan ummat ini (generasi 300 tahun pertama hijrah). Ikutilah mereka untuk kebaikan serta keselamatan dunia dan akhirat.

Disediakan oleh : Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri.

Read more...

Lagi gambar korban kambing












Read more...

Ibadah korban hari raya kedua - 21 ekor kambing di Surau al-Falah

Alhamdulillah ibadah korban 21 ekor kambing 1430H di Surau al-Falah Taman Berjaya, Batu Caves, telah selamat disempurnakan pada hari raya kedua, Sabtu 28 Nov 2009, dengan sokongan pengerusi surau, Hj Azizan dan ahli jemaah setempat. Jamuan kari kepala kambing telah diadakan sebelah malam selepas solat isya'.

Sila klik http://www.flickr.com/photos/assabil2/ untuk layari gambar-gambar lain yang sempat dirakam.

IMG_0248

Surau al-Falah, Taman Berjaya, Batu Caves

IMG_0331

IMG_0237

IMG_0281

IMG_0279

IMG_0262

IMG_0254

IMG_0252

IMG_0250

IMG_0286

IMG_0269

IMG_0289

IMG_0273

IMG_0301

IMG_0296

IMG_0320

IMG_0327

IMG_0335

IMG_0307

IMG_0337

IMG_0311

Read more...

Ibadah korban hari raya pertama - 4 ekor lembu di Surau al-Falah

>> Friday, November 27, 2009

Ibadah korban 4 ekor lembu hari raya aidil-adha tahun ini, 1430H, alhamdulillah telah selamat dijalankan pada hari raya pertama.  Majlis tersebut telah diketuai oleh pengerusi surau, Hj Azizan.  Jamuan sup tulang dan gear-box, masakan Abu Aiman, diadakan selepas solat asar dan isya'.  
InsyaAllah, besok hari raya kedua, 21 ekor kambing pula akan ditumbangkan.  Majlis ini diketuai Ust Ibrahim dengan bantuan Hj Azizan serta sahabat-sahabatnya.  Semua di sekitar Surau al-Falah dan kawasan berdekatan dijemput membantu penyembelihan serta jamuan kari kambing dan kepala kambing.  Masakan kari kambing diketuai Abu Aiman, manakala kepala akan dimasak oleh Ust Abd Rahman Cangkat.

Gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari pertama.  Abu Mus'ab dan Abu Aiman tak tahu kemana.. gambar mereka tak sempat diambil.

Terpaksa tarik ekor untuk dijatuhkan!



Hj Rahman Bulan jr., tukang sembelih




Tukang lapah dan tukang potong siap dgn apron berbunga!



Hj Azizan gembira melayan ahli jemaah

Read more...

LAWATAN TEMPAHAN KAMBING KORBAN

>> Monday, November 23, 2009

Satu lawatan susulan telah
diadakan pada hari Sabtu, 21 November 2009 yang lalu untuk memilih kambing-kambing yang akan dikorbankan. Dalam pertemuan ini En. Ali bersetuju untuk menghantar kambing-kambing yang telah ditempah sebanyak 21 ekor ke Surau Darul Falah pada pagi Sabtu, 28 November 2009.
Dalam perjalanan pulang rombongan kami sempat singgah bersantai sebentar di Ampangan Batu.


Read more...

Beberapa Hukum Berkaitan Kematian Menurut Sunnah - Siri 2


BEBERAPA HUKUM BERKAITAN KEMATIAN MENURUT SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW


Kelapan: Berdoa untuk si mati kerana doa ketika  keadaan ini diaminkan oleh malaikat. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah Al-Baihaqi:

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيْضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُوْلُوْا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُوْنَ عَلَى مَا تَقُوْلُوْنَ

Maksudnya: Apabila kamu menghadiri (ziarah) orang sakit atau orang mati maka ucapkan ucapan yang baik kerana para malaikat mengaminkan atas apa yang kamu ucapkan.

Peluang berdoa memohon rahmat serta keampunan untuk si mati  ini banyak disia-siakan oleh penziarah dan bahkan oleh keluarga si mati sendiri. Sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berbuat demikian sepanjang masa lebih-lebih lagi dalam keadaan menghadapi kematian. Firman Allah SWT di dalam Surah Muhammad ayat 19:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

Maksudnya: Dan mohonlah keampunan bagi dosa kamu dan dosa orang-orang beriman lelaki dan perempuan.

Malangnya mereka begitu sibuk dengan "acara-acara" yang telah di susun dan diaturacarakan oleh adat dan amalan yang tidak thabit dari sunnah Nabi Muhammad SAW. Sedangkan kalau di lihat dari keterangan-keterangan yang bersumber dari sunnah Nabi Muhammad SAW apabila terjadi kematian maka doa dari orang yang hidup amat ditekankan. Kita dapat lihat secara jelas perkara ini bermula dari:

  • Selepas mati (seperti hadith di atas)
  • Dalam solat jenazah
  • Di kubur selepas dikebumikan
Oleh itu setiap penziarah dan juga keluarga si mati hendaklah memberi perhatian yang besar tentang perkara ini. Janganlah disia-siakan peluang berdoa dalam keadaan yang begitu penting ini, lebih-lebih lagi doa tersebut diaminkan oleh para malaikat. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW semasa menziarahi jenazah Abu Salamah RA melalui doa yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Abu Daud:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ِلأَبِيْ سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ

Maksudnya: Ya Allah berilah keampunan untuk Abu Salamah, angkatlah darjatnya di dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk, kurniakanlah gantinya untuk orang yang ditinggalkannya, berilah keampunan untuk kami dan untuknya wahai Tuhan semesta alam dan lapangkanlah kubur untuknya serta penuhilah cahaya didalamnya.

Keterangan: Bagi sesiapa yang ingin berdoa dengan doa ini ketika menziarahi si mati, maka tukarkan tempat nama Abu Salamah itu dengan nama si mati. Sebagai contoh si mati bernama Muhammad:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمُحَمَّد وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ...................

Sekiranya penziarah atau keluarga si mati ingin menambah dengan doa yang lain maka boleh di pilih doa-doa yang berkisar kepada pengampunan dosa, memohon rahmat, dijauhkan azab kubur dan neraka, masuk syurga dan lain-lain.

Kemudian kita juga dapat melihat dalam suasana kematian ini ramai yang duduk di sekeliling jenazah sambil membaca Al-Quran atau surah-surah tertentu yang ditujukan bacaan tersebut untuk simati. Persoalannya adakah bacaan tersebut sampai kepada si mati? Di sisi Imam As-Syafie tidak sampai pahala bacaan Al-Quran dari orang hidup untuk orang yang telah mati. Berkata Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim (Jilid 4 mukasurat 98 cetakan Darul Hadith, Al-Qaherah-cetakan pertama 1994):

"Dan yang masyhur di dalam mazhab kami (As-Syafie) bahawa membaca Al-Quran (untuk simati) tidak sampai pahalanya".

Ini berbeza sekiranya Al-Quran itu di baca oleh anak si mati kerana setiap amalan kebajikan yang dikerjakan oleh anak pasti diperolehi pahalanya oleh ibu dan bapa walaupun tidak diniatkan untuk kedua-duanya.

Sampaiya pahala setiap amalan kebajikan anak kepada kepada  kedua-dua ibubapanya berdasarkan kepada "anak merupakan hasil dari usaha ibubapa". Sabda Nabi SAW tentang perkara ini di dalam hadith riwayat Ahmad, Al-Bukhari (di dalam kitabnya At-Tarikh Al-Kabir), Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Majah:

إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya apa yang paling baik dimakan oleh seseorang ialah dari hasil usahanya dan sesungguhnya anak adalah dari hasil usahanya.

Tapi yang malangnya dalam masyarakat kita ialah anak tidak berperanan ketika dalam keadaan ini. Urusan yang penting ini di serah dan diharapkan bulat-bulat kepada orang lain. Dimanakah silapnya. Adakah si anak malu atau tergagap-gagap atau lebih buruk lagi tidak pandai membaca Al-Quran? Oleh itu kepada sesiapa yang bergelar ibubapa janganlah di beri dunia semata-mata kepada anak-anak, berikan sama (atau lebih) agama kepada mereka kerana faedahnya adalah untuk ibubapa juga, bukan untuk orang lain.


Kesembilan: Menyediakan makanan untuk keluarga si mati oleh jiran-jiran. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat As-Syafie, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ad-Daruquthni, Al-Baihaqi ketika datang perkhabaran kematian Ja'far bin Abi Thalib yang syahid pada Peperangan Mu'tah:

اصْنَعُوْا ِلآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَقَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ

Maksudnya: Buatlah makanan untuk keluarga Ja'far kerana sesungguhnya telah menimpa mereka suatu perkara yang menyusahkan mereka.

Berkata Imam As-Syafie di dalam kitabnya Al-Umm (Jilid 2 mukasurat 635 cetakan Darul Wafa', cetakan pertama 2001) mengenai perkara ini:

"Aku menyukai bagi jiran si mati atau kerabatnya membuat untuk keluarga si mati pada hari kematiannya dan sebelah malamnya makanan yang mengeyangkan mereka kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah sunnah. Dan ia adalah satu tanda ingatan yang mulia di mana ia merupakan sebahagian dari perbuatan ahli kebaikan sebelum dan selepas kita".

Inilah sunnah yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW dan juga sebagaimana yang di sebut oleh Imam As-Syafie di atas. Semestinya bagi keluarga si mati tidak menyibuk dan menyusahkan diri mereka menyediakan makan apa lagi menjemput orang ramai ke rumah pada malam-malam tertentu kemudian menyediakan makanan untuk jemputan yang hadir. Berkata Dr. Wahbah Az-Zuhaily di dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh (Jilid 2 mukasurat 549-550 cetakan Dar Al-Fikr, cetakan kedua 1989):

"Adapun ahli keluarga si mati membuat makanan kepada orang ramai maka ia adalah makruh dan bid'ah yang tiada asal baginya (dari Nabi SAW). Perbuatan sedemikian menambahkan lagi atas musibah mereka serta menyusahkan mereka atas kesusahan yang telah menimpa mereka dan menyerupai perbuatan ahli jahiliyyah. Sekiranya ia melibatkan harta waris yang belum baligh maka haram disediakan makanan (tersebut)".

Kemudian Dr. Wahbah Az-Zuhaily membawa satu riwayat daripada seorang sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Jarir bin Abdullah Al-Bajali RA dengan katanya:

كُنَّا نَرَى اْلإِجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنَ النِّيَاحَةِ

Maksudnya: Kami (sababat-sahabat Nabi Muhammad SAW) mengira bahawa berkumpul bersama keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk dalam meratap.

Demikian juga di sebut di dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Mazhab Al-Imam As-Syafie karangan Dr. Musthofa Al-Khin, Dr. Musthofa Al-Bugho dan Ali Al-Syarbaji (Juzuk 1 mukasurat 263 cetakan Darul Ulum Al-Insaniyyah, cetakan pertama 1989) dalam perkara ke 7 bid'ah jenazah:

"Keluarga si mati membuat makanan dan menghimpun orang ramai atasnya sebagaimana yang biasa dilakukan di zaman ini. Perbuatan ini adalah bid'ah yang bertentangan dan sangat menyalahi Sunnah".

Sayugianya setiap orang yang cintakan Agama dan Sunnah Nabi Muhammad SAW menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara baru yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW atau sekurang-kurangnya oleh sahabat-sahabat Baginda SAW. Ini penting untuk memastikan supaya ketulenan Islam itu tetap terpelihara dan terhindar dari tokok tambah.


Kesepuluh: Ta'ziah (menyabar dan memberi kegembiraan kepada kaum kerabat si mati). Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi:

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيْبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ الله ُسُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ اْلكَرَامَةِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ
Maksudnya:  Mana-mana dari kalangan orang beriman yang memberi ta'ziah kepada saudaranya yang di timpa musibah nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kemuliaan pada Hari Qiamat.

Kemudian urusan jenazah seterusnya: di mandi, di kafan, di solat, dikembumikan.

Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja Al-Maniri

Daftar Rujukan:
01) Al-Quran dan terjemahannya.
02) Kitab-kitab hadith yang di sebut periwayatannya di atas.
03) Kitab-kitab fiqh yang di sebut pengambilan hujjahnya di atas.
04) Fiqh As-Sunnah, As- Sayyid Sabiq.
05) Ahkam Al-Janaiz, Muhammad Nasiruddin Al-Albani.

Read more...

Beberapa Hukum Berkaitan Kematian Menurut Sunnah - Siri 1

>> Sunday, November 22, 2009

BEBERAPA HUKUM BERKAITAN KEMATIAN MENURUT SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW

 بسم الله الرحمن الرحيم


Perlu di sedari dan di fahami bahawa di dalam urusan yang melibatkan kematian terdapat  hukum yang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW untuk di ikuti dan di patuhi oleh ummat. Ini supaya ummat terhindar dari unsur dan adat jahiliyyah yang sesat dan menyeleweng dari petunjuk serta sunnah Baginda SAW.

Oleh itu menjadi kewajipan atas setiap muslim yang beriman mematuhi dan mengamalkannya apabila berhadapan dengan saat sedemikian. Di antara hukum tersebut ialah:

Pertama: Mengajar syahadahلا إله إلا الله  kepada orang yang hampir mati.  Ini diarahkan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban:

لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ : لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ

Maksudnya: Ajarkanlah orang yang hampir mati di kalangan kamu dengan لا إله إلا الله (Tiada Tuhan melainkan Allah).

Sekiranya orang yang hampir mati ini telah menyebut syahadah tersebut maka jangan diulang-ulang lagi keatasnya, kecuali jika ia bercakap dengan percakapan lain selepas itu.

Perkara Pertama ini perlu di ambil perhatian yang besar terutama oleh ahli keluarga orang yang hampir mati kerana  jaminan syurga telah diberikan oleh Nabi Muhammad SAW bagi sesiapa yang mengakhiri umurnya dengan ucapan syahadah. Ahli keluarga terutamanya janganlah membiarkan walau sesaat pun kecuali hendaklah membisikkan ke telinga orang yang hampir ini dengan kalimah syahadah itu. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ "لا إله إلا الله" دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir ucapannya  لا إله إلا الله ia dapat masuk syurga.

Kedua: Istirja' ( Mengucapkan  إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ  ) bila menerima berita kematian. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat  155 dan 156:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ {155} الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ {156}

Maksudnya: Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar - (Iatu) orang-orang yang apabila mereka di timpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Juga boleh memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah) kemudian istirja'. Ini berdasarkan hadith riwayat Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Hibban di mana Allah bertanya kepada Malaikat (dalam riwayat Ahmad: Malaikat Maut) yang mengambil nyawa anak kesayangan hambaNya:

مَاذَا قَالَ عَبْدِي, فَيَقُوْلُوْنَ: حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ

Maksudnya: Apa yang disebut oleh hambaKu. Maka jawab para Malaikat: Ia memujiMu dan istirja'.


Ketiga: Menutup mata si mati. Ini berdasarkan hadith riwayat Ahmad, Muslim, Al-Baihaqi dari Ummu Salamah RA yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad SAW pada hari kematian Abu Salamah RA, katanya:

دَخَلَ رَسُوْلُ اللهِ(ص) عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ فَأَغْمَضَهُ ثُمَّ قَالَ: إِنَّ الرُّوْحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ

Maksudnya: Rasulullah SAW masuk ke atas Abu Salamah dalam keadaan matanya terbuka lalu Nabi SAW menutupnya kemudian bersabda: Sesungguhnya roh apabila di cabut ia di ikuti oleh pandangan mata.


Keempat: Menutup seluruh jasad si mati dengan kain. Ini berdasarkan perkhabaran Aisyah RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh  Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baihaqi:

سُِجِّيَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) حِيْنَ مَاتَ بِثَوْبِ حِبَرَةٍ

Maksudnya: Di tutup (mayat) Rasulullah SAW ketika wafat dengan sehelai kain buatan Yaman.


Kelima: Wajib atas keluarga si mati sabar dan redha. Ini kerana kematian orang yang disayangi merupa satu musibah yang termasuk di dalam ujian Allah kepada hamba-hambaNya. Firman Allah di dalam Surah  Al-Anbiya'  ayat 35:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ {35}

Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Juga lihat Surah Al-Baqarah ayat 155 di atas.


Keenam: Diharamkan atas keluarga si mati meratap (menangis dengan suara yang kuat/meraung, mengoyak baju, menampar pipi, memukul badan, menarik rambut). Tegahan ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, Al-Baihaqi:

اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ: الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ

Maksudnya: Dua perkara pada manusia yang kedua-duanya adalah dari perbuatan orang kafir: mencela keturunan (seseorang) dan meratap atas mayat.

Keterangan: Dibolehkan menangis/mengalirkan air mata tanpa mengeluarkan suara sebagai tanda sedih atas kematian orang yang disayangi. Nabi Muhammad SAW sendiri mengalirkan air mata pada hari kematian anaknya Ibrahim sebagaimana di dalam hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.


Ketujuh: Segera menyelesaikan hutang si mati dari harta yang ditinggalkan. Perkara ini begitu penting untuk disegerakan kerana mana-mana orang beriman yang mati dengan meninggalkan hutang maka rohnya akan terhalang dari mendapat nikmat. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim:

نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Maksudnya: Roh orang beriman tergantung (terhalang dari mendapat nikmat) kerana hutangnya sehingga ditunaikan keatasnya.

Keterangan: Perlu disedari bahawa harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya terikat dengan urutan di bawah ini dari segi penggunaannya, bukan terus difaraidhkan sebagaimana yang difahami oleh masyarakat kita. Urutannya adalah seperti berikut ini:

  1. Digunakan untuk membayar kos pengkebumian
  2. Membayar hutang
  3. Menunaikan wasiat (sekiranya si mati ada berwasiat)
  4. Difaraidhkan kepada ahli waris.
Bersambung dalam Siri ke-2, insyaAllah.


Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja Al-Maniri

Daftar Rujukan:
01) Al-Quran dan terjemahannya.
02) Kitab-kitab hadith yang di sebut periwayatannya di atas.
03) Kitab-kitab fiqh yang di sebut pengambilan hujjahnya di atas.
04) Fiqh As-Sunnah, As- Sayyid Sabiq.
05) Ahkam Al-Janaiz, Muhammad Nasiruddin Al-Albani.

Read more...

HADITH-HADITH LEMAH DAN PALSU - 2

>> Thursday, November 19, 2009

BINATANG KORBAN SEBAGAI TUNGGANGAN (2)

اسْتَفْرِهُوْا ضَحَيَاكُمْ فَإِنَّهَا مَطَايَاكُمْ عَلَى الصِّرَاطِ

Maksudnya: Pilihlah binatang korban kamu yang terbaik kerana sesungguhnya ia akan menjadi kenderaan tunggangan kamu diatas Titian as-Sirath.

1- Periwayat Hadith: ad-Dailami.

2- Darjat Hadith: Sangat Lemah.

3- Sebabnya: Didalam sanadnya (jalur periwayatannya) terdapat seorang perawi bernama Yahya bin Ubaidullah. Lihatlah komentar-komentar ulama' tentangnya:

1)      Kata Abu Haa-tim: Ia seorang yang lemah lagi sangat munkar hadithnya.
2)      Kata Ahmad: Ia seorang yang munkar hadithnya, tidak thiqah (kepercayaan).
3)      Kata Muslim: Ia seorang yang buruk/keji, ditinggalkan hadithnya (matruk).
4)      Kata an-Nasai, Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
5)      al-Hakim menuduhnya sebagai pemalsu hadith.

4- Keterangan: Penjelasan kepada istilah-istilah yang digunakan terhadap kritikan keatas seorang perawi hadith adalah seperti berikut:

1)       Seorang yang munkar hadithnya: Ialah perawi lemah yang riwayatnya menyalahi perawi yang kepercayaan. Adapun disisi al-Bukhari ia bermaksud seorang perawi yang tidak halal meriwayatkan hadith darinya. Manakala disisi Ahmad ia bermaksud seorang perawi yang bersendirian dalam meriwayatkan sesuatu hadith.
2)       Seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk): Ialah perawi yang dituduh berdusta.



Daftar Rujukan:

1- al-Jarh Wa at-Ta'dii-l, Abu Haa-tim ar-Raa-zi.
2- Tahzib at-Tahzib, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
3- Taqrib at-Tahzib, Ibnu Hajar al-'Asqalaa-ni.
4- Silsilah al-Ahaa-dith ad-Dho'iefah Wa al-Maudhu'ah, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.
5- Diraa-saa-t Fi al-Jarh Wa at-Ta'dil, ad-Duktuu-r Muhammad Dhiyak ar-Rahman al-'Azhomi.
6- Mabaa-hith Fi 'Ilm al-Jarh Wa at-Ta'dil, Qaa-sim 'Ali Sa'ad.

Read more...

PUASA 9 ZUL HIJJAH SERTA KEUTAMAANNYA

>> Wednesday, November 18, 2009

Pensyariatan puasa pada 9 Zul Hijjah (Hari Arafah) serta keutamaannya berdasarkan hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi yang bersumber dari Abu Qatadah al-Ansari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً

Maksudnya: Puasa Hari Arafah (9 Zul Hijjah) menghapuskan dosa dua tahun, iatu tahun lepas dan akan datang (Lafaz hadith ini adalah bagi Imam Ahmad).

Kata Imam an-Nawawi didalam Syarah Soheh Muslim (Jilid 4 mukasurat 307) mengenai maksud menghapuskan dosa dua tahun: "Yang dimaksudkan dengannya ialah dosa-dosa kecil".

Itulah keutamaan besar bagi sesiapa yang melakukan puasa ini. Sayugianya bagi sesiapa yang cintakan Sunnah Nabi Muhammad SAW tidak melepaskan peluang keemasan yang hanya datang sehari dalam setahun ini.

Disediakan oleh Ust Ibrahim Mohd Raja, 17 Nov 2009

Read more...

Majlis Pra-Pelancaran Assabil.blogspot.com

>> Monday, November 16, 2009

Hj Zaidi (2 dari kiri) sedang memberikan taklimat kepada para sahabat yang hadir.

Ahad, 15 November 2009

Suatu majlis ringkas telah diadakan pada hari Ahad mlm Isnin yang lalu. Selaku moderator assabil2, Hj Zaidi Yaacob telah memberi penerangan tentang cara-cara mengendalikan laman blog ini kepada sahabat yang hadir. Antara lain, laman blog ini bertujuan untuk menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan masyarakat sambil mengwar-warkan aktiviti-aktiviti setempat.

Semoga assabil2.blogspot.com akan menjadi laman blog pilihan sahabat-sahabat semua, insyaAllah.


Read more...

HADITH-HADITH LEMAH DAN PALSU

BINATANG KORBAN SEBAGAI TUNGGANGAN



عَظِّمُوْا ضَحَايَاكُمْ فَإِنَّهُ عَلَى الصِّرَاطِ مَطَايَاكُمْ


Maksudnya: Pilihlah binatang korban kamu yang gemuk kerana ia akan menjadi kenderaan tunggangan kamu diatas Titian as-Sirath (pada Hari Qiamat).



1. Darjat Hadith:

Tiada asal usul baginya ( َلا أَصْلَ لَهُ ), ia bukannya hadith yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW.

Berkata Ibnu as-Solah: Hadith ini tidak ma'ruf (dikenali), tidak thabit setakat yang kami ketahui.



2. Keterangan:

Berkata Abu Bakar Ibnu al-'Arabi didalam syarahnya kepada Sunan at-Tirmizi: Tidak ada satu hadith soheh pun mengenai (keutamaan) korban.



Daftar Rujukan:


1. Kasf al-Khafak, Ismail bin Muhammad al-'Ajluu-ni.


2. Silsilah al-Ahaa-dith ad-Dho'iefah Wa al-Maudhu'ah, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.


Disediakan oleh Ust Ibrahim Mohd Raja, 16 November, 2009.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP