PENGUMUMAN PERPINDAHAN LAMAN WEB
>> Monday, February 8, 2010
DIMAKMLUMKAN BAHAWA LAMAN INI SEKARANG TELAH BERPINDAH KE LAMAN WEB YANG BAHARU. OLEH ITU UNTUK MENDAPATKAN POSTING TERBAHARU SILA KE LAMAN YANG BARU KAMI IAITU ASSABIEL.COM
Read more...Jalan Yang Satu Menuju Keredhaan Allah
Blog ini mengandungi kuliah, pandangan dan pemikiran ilmiah Ust Ibrahim Mohd Raja dalam menghidangkan ilmu yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Ia akan memaparkan artikel, insyaAllah, yang diredhaiNya, ke arah jalan yang SATU. Disamping itu, blog ini juga akan memaparkan aktiviti Ust Ibrahim bersama sahabat-sahabatnya serta isu semasa dan artikel yang relevan, insyaAllah.
DIMAKMLUMKAN BAHAWA LAMAN INI SEKARANG TELAH BERPINDAH KE LAMAN WEB YANG BAHARU. OLEH ITU UNTUK MENDAPATKAN POSTING TERBAHARU SILA KE LAMAN YANG BARU KAMI IAITU ASSABIEL.COM
Read more...Oleh Ustaz Ibrahim Mohd.Raja Al-Maniri
JENIS-JENIS NIKMAT
Nikmat kurniaan Allah yang diperolehi dan dikecapi oleh kita semua hendaklah diberi perhatian serta dinilai dari masa ke semasa kerana ia terbahagi kepada beberapa jenis. Ini penting agar kita tidak merasakan bahawa kesenangan yang diterima itu semuanya nikmat yang baik walaupun dalam keadaan bermaksiat kepada Allah.
Justeru itu menjadi kewajipan penting untuk setiap muslim bersikap waspada dalam mengecapi sesuatu nikmat pemberian Allah dengan melihat didalam keadaan mana diri masing-masing berada. Taatkah, maksiatkah…………..
Nikmat pemberian Allah terbahagi tiga:
Pertama: Nikmat al- Jazaa-k ( الجزاء – Balasan ): Yaitu nikmat yang disegerakan oleh Allah didunia ini sebagai balasan atas ketaatan dan amalan soleh yang dilakukan sebelum dibalas dengan nikmat yang lebih besar diakhirat.
Kedua: Nikmat al-Balaa-k ( البلاء – Ujian ): Yaitu nikmat yang diberikan oleh Allah untuk menguji adakah dengan nikmat tersebut seseorang itu semakin dekat dan patuh kepada Allah atau beransur-ansur semakin jauh dariNya.
Ketiga: Nikmat al-Istidraa-j ( الإستدراج – Menipu daya ): Yaitu nikmat yang diperolehi oleh seseorang dalam keadaan ia bermaksiat dan derhaka kepada Allah.
Inilah tiga jenis nikmat yang berlegar disekitar kehidupan seharian kita. Sentiasalah bermuhasabah tentang kedudukan diri kita sendiri.
Sambungan BAHAGIAN PERTAMA : TAUHID RUBUBIYYAH
Al-Qur’an menyebut Tauhid Rububiyyah di dalam beberapa maqam/kedudukan:
1. maqam pujian, (Al-Jaatsiyah: 36)
2. maqam penyerahan diri dan patuh kepadaNya, (Al-An’am:71)
3. maqam Tawajjuh kepada Allah dan mengikhlaskan niat kepadaNya,(Al-An’am:162)
4. maqam Wala’(setia/tempat pergantungan) kepada Allah, (Al-An’am:14)
5. maqam ibadat.(Al-A’raaf:54&55)
Al-Qur’an juga mencantumkan Rububiyyah Allah di segi milik dengan nama-namaNya yang elok dan sifat-sifatNya yang sempurna.(Al-Baqarah:255)
Oleh Ustaz Ibrahim Mohd. Raja Al-Maniri
Sambungan BAB 1- BERSUCI . 1. Jenis-Jenis Air
iii. Air yang Bercampur dengan Benda Suci – contohnya air yang bercampur daun bidara, kapur barus. Hukumnya adalah suci lagi menyucikan selagi masih dapat mengekalkan identitinya sebagai air mutlak.
Oleh Ustaz Ibrahim Mohd.Raja Al-Maniri
Mempelajari ilmu tauhid adalah fardhu ‘ain. Dengan tauhid manusia mengenal Allah dan membentuk akhlak mereka.
RUKUN IMAN
6 Rukun Iman iaitu beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Kemudian dan Qada’ dan Qadar.
Tiada ijtihad dalam masalah aqidah, mesti bersandar kepada nas.
BERIMAN KEPADA ALLAH
Oleh: Ustaz Ibrahim Mohd. Raja Al-Maniri
BAB 1 : BERSUCI
1. JENIS – JENIS AIR
i. Air Mutlak – Hukum air mutlak adalah suci lagi menyucikan i.e ianya suci pada dirinya dan boleh digunakan untuk bersuci dari najis dan hadas.
Air mutlak merangkumi:
1. Air hujan, salji dan air embun i.e air yang turun dari langit.
2. Air laut
3. Air zamzam, termasuk air perigi, air mata air & sungai i.e air yang terpancar dari bumi.
4. Air yang berubah disebabkan lama tergenang, tidak mengalir, atau bercampur dengan sesuatu yang tidak terpisah dengannya.
ii. Air Musta’mal – air yang telah digunakan untuk menyuci hadas. Hukumnya suci lagi menyucikan.
Untuk mengikuti kuliah ini, sila klik di sini
TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh : Zakir Naik
Sambungan – Kaedah umum Tasyri’:
© Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP